Connect with us

Hiburan

“Haha Mirul main piano tekan 2 kali blh buh lagu ooo” – Netizen

Published

on

World Wide24.com C9ca469935bba84d1eb96a0bdcbf91b4 Scaled

Kini, alasan kesibukan menjaga kebutuhan seharian di rumah serta anak-anak sering digunakan oleh para isteri untuk tidak bersiap di rumah untuk pasangan mereka. Tidak ada salahnya jika berkelapangan, isteri-isteri ini mula mencantikkan diri di rumah. Pasti sejuk sahaja hati suami lihat kesayangan mereka apabila pulang dari tempat kerja yang penuh dengan masalah dan stress itu.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Topik inilah apa yang dikongsikan oleh pengacara dan pelakon terkenal Ain Edruce di Instagramnya itu. Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah pada suaminya yang turut berada dalam video pula.

World Wide24.com 30ca1162db83281baa424a162fa9f6a1

Sejak mula penglibatan Ain dalam industri hiburan, pasti ramai yang sudah perasan dengan sikapnya yang memang suka mengusik dan berjenaka ini. Memang kering gusi dibuatnya bila Ain sudah muncul dengan berbagai telatah lucunya sejak dari bujang dahulu sehinggalah kini sudah menjadi seorang ibu.

Berkahwin dengan seorang ahli perniagaan bernama Amirul Hafiz, bukan sahaja Ain yang sering mendapat tumpuan. Malah, suaminya itu turut mendapat populariti yang sama sejak mereka berkahwin. Ini kerana kedua sikap mereka yang memang berbeza sering membawa tawa apabila Ain mula mengusik Amirul.

World Wide24.com 73a377ed2982058c637badf1d84bf688

Amirul yang merupakan seorang yang pendiam dan malu-malu dahulunya kini telah mula menunjukkan bakat lakonan dalam diri setelah diasah bakatnya oleh Ain berkali-berkali. Selalunya memang sering Ain kongsi di Instagramnya detik-detik betapa susahnya untuk mengajar suaminya itu untuk membuat video.

Lakonan Amirul yang terkejut melihat kelibat Ain tidak bersiap di rumah dan membuatnya takut ini telah menerima ratusan komen yang terhibur melihat lakonan mereka berdua. Apa yang lebih lucu pada akhir video adalah bila Ain sudah bersiap cantik namun Amirul hanya mengajaknya bermain campak selipar di dalam rumah sahaja pula.

World Wide24.com 55f7fb774913fa593b6b172f653bacd9

Ramai yang memuji lakonan Amirul yang sudah semakin meningkat itu. Sehinggakan ada yang mengandaikan jika Amirul ada mengikuti mana-mana kelas lakonan. Followers yang sudah lama mengikuti pasangan ini pasti sudah tahu bagaimana malunya Amirul bila berada di hadapan kamera namun kini dia sudah mampu berlakon.

World Wide24.com Fa51afaeb4d637322c26b86458e01def

Lepasni lagi banyaklah episod-episod selanjutnya Amirul kena paksa dengan Ain untuk berlakon. Walaupun masih nampak kaku dan kayu, tapi memang terhibur sangat tengok reaksi wajah suami dari Ain Edruce ini yang mencuba sehabis baik untuk membantu isterinya itu.

Sumber: Instagram Ain Edruce

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!