Connect with us

Hiburan

“Wah boleh jadi pelapis aunty Ziana Zain ni nyanyi keynote tinggi” – Netizen

Published

on

World Wide24.com 9961c6b30a35f13a68e82b26c4e18b34 Scaled

Memang seronok rasanya lihat telatah dan tumbesaran anak-anak dari para artis tanah air ini. Bukan sahaja kerana telatah lucu mereka, wajah yang comel juga membuat ramai geram dan terhibur. Begitu juga dengan anak dari pelakon cantik yang pernah menjadi sebutan dahulu iaitu Raja Ilya. Walaupun masih bayi, namun katanya dia sudah dilihat pandai berlakon seperti ibunya.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Setelah penghijrahannya ke negara Australia bersama suami, Raja Ilya dilihat lebih menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga dan anak perempuannya itu sahaja. Perubahan dari artis terkenal kepada suri rumah sepenuh masa pasti telah membawa banyak perubahan kepada Raja Ilya sendiri.

World Wide24.com Ce20cfc41a5a236e19782fa9b1a7a613

Berkahwin dengan seorang ahli perniagaan asal dari negara Australia bernama Trent Garrett ini pastinya telah membawa dua budaya yang berbeza di antara pasangan ini. Namun keduanya dilihat sangat serasi dan menerima perbezaan besar diantara mereka.

Ini dapat dilihat apabila Raja Ilya masih dapat beraya walaupun berada jauh di Australia bersama suami serta keluarga mertuanya itu. Mereka juga dilihat lengkap berpakaian raya baju melayu dan kurung bersama-sama puteri cilik mereka itu iaitu Talita Love Garrett.

World Wide24.com C10f5d39b91d389dbecebdec276bba98

Wajah Talita yang sememangnya gebu dan montel itu selalu membuat ramai yang geram apabila melihat video yang dikongsikan oleh ibunya itu di Instagram. Talita yang kini sedang membesar dan bakal menginjak umur setahun tidak lama lagi semakin menunjukkan kepintarannya.

Malah kini, dia sudah mula menyerap bakat lakonan yang ada pada ibunya iaitu Raja Ilya itu. Pandai sungguh dia berlakon nangis demi mengharap ibunya itu akan mendukungnya. Begitulah kata pepatah, mana tak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan.

World Wide24.com Befdc0cc7f4b073582b662883020d1ce

Netizen masing-masing sangat terhibur melihat gelagat lucu dari anak kacukan mat salleh ini. Umur baru setahun jagung sudah pandai berlakon katanya. Namun ada juga yang komen bahawa Talita boleh menjadi pelapis menggantikan penyanyi ulung Ziana Zain dek kereana jeritannya yang berada di nada tinggi itu.

World Wide24.com 61c5207e385bcabbb22c2f9f79df512a

Ibu mana yang tak seronok dapat melihat tumbesaran anak-anak di depan mata. Lebih-lebih lagi apabila mengetahui anak sudah dapat mewarisi bakat dari ibu sejak dari kecil lagi.

Besar nanti Talita boleh dah tu gantikan mamanya menjadi pelakon terkenal bukan sahaja di dalam negara malah peringkat antarabangsa.

Sumber: Instagram Talita Love Garrett

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!