Connect with us

Hiburan

“Gigi mak mak mmg power, tggl kokak jew”- Netizen

Published

on

Tidak dapat dinafikan bahawa anak-anak dan ibu bapa mereka, semuanya perangai dan telatah nya sama sahaja. Kalau yang jenis ibu bapa sama-sama kuat melayan anak mereka, sangat seronok tengok family dan bonding yang sebegitu rupa. Jenis masuk air semuanya. Seronok tengok anak beranak yang sama-sama jenis satu kepala dan berhuha huha tiap masa.

Siapa saja tidak mengenali anak-beranak kepada Adira Suhaimi ni. Sudah pasti yang sangat cukup mengenali mereka semua. Anak-beranak kepada Adira ni, semuanya jenis satu kepala, dari yang sulung, sampailah yang paling bongsu tu.

Anak sulungnya Anggrek, walaupun masih kecil, tetapi perangai nya pun sudah sama naik dengan mama nya. Dahulunya, si kecil tu ada buat video tiktok ubah-ubah pakaian yang semakin hari semakin viral. Wahh, kecik-kecik tu tapi dah pandai nak buat video sebegitu rupa.

Video kali ini pula, memaparkan akan video telatah anak beranak Adira. Di mana si ibu yang sangat excited membawa ice cream kepada anak-anak kesayanga mereka. Punyalah excited eh semua anak nya datang dekat mama Adira tu, excited nak makan ice cream.

Time nak bukakan ice cream tu, semua anak nya sangat excited tau. Yelah, setelah seharian asyik main gajet, apa salahnya kadang tu family time sekejap. Luangkan masa buat menda-menda yang simple saja.ย  Itu semua sudah memadai semuanya.

Tapi, yang paling mencuit hati setelah melihat telatah Adira yang menggigit habis plastik makan tersebut.

Tengok dia kokak plastik kon ice cream tu pun sudah membuatkan kita semua tercuit hati. Yelah, sebijik macam perangai kita kalau kat rumah.

Adira selalu saja memuat naik video lucu, tapi dalam setiap video tersebut, turut terselit akan ragam-ragam realiti sebagai seorang ibu yang selalu saja handle akan anak-anak nya di rumah. Lepastu, semua ibu-ibu di luar sana pun, setuju dengan gelagatnya.

Setiap ragam yang dilakukan, sudah pasti sangat relate dan pernah alami dalam semua ibu bapa di luar sana.

Kadang-kadang, kita pun tak sedar bahawa kita pun pernah buat perkara yang sebegitu rupa ketika berada di rumah handle bab anak.

Justeru, memang tak dapat dinafikan bahawa mempunyai anak-beranak dan keluarga yang satu kepala, sudah tentu membuatkan kita semua sentiasa berhuha-huha. Seronok kan kalau dapat anak-beranak yang sentiasa masuk air dan sentiasa bergelak ketawa.

Sumber : Ig Adira Suhaimi

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!