Connect with us

Hiburan

“Geram la dua beradik ni” – Fara Fauzana

Published

on

Add A Subheading 2

Mempunyai adik-beradik yang sekepala sememangnya menyenangkan. Sekali-sekala berselisih faham tu perkara biasa, tapi yang bestnya macam mana sekali pun mesti berbaik-baik balik. Seperti dua beradik selebriti, Datin Seri Heliza Helmi dan adiknya, Hazwani ini, dah sampai saling menghunus pedang pun mereka kembali berbaik. Boleh pulak si adik sampai macam tu sekali macam dah tak kenal kakaknya siapa…

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Tapi jangan salah sangka selepas melihat video ini, mereka hanya ‘berl4wan’ manja. Pedang pun tipv-tipv. Siapa yang tak sayang adik-beradik kan… Yang pasti memang comel dan kelakar dua beradik ni.

Screenshot 20220925 1709382

Netizen pun terhibur dibuatnya dengan perangai mereka berdua. Sampaikan rakan selebriti yang juga juruhebah radio, Fara Fauzana juga memberikan respons di komen menggambarkan ‘geram’ dengan dua beradik itu.

“Hihi..awat comey sangat dua2 beradik ni tak tau..”, “Ending … tu la perempuan kan. Pas gadvh, ajak makan.. hihi..”, “Sweet laa 2 beradik nih”, “Hahahaha… Bengongla korg ni… Cubit kang…”. Itu antara komen netizen.

Screenshot 20220925 1712022

Terdahulu dalam video dikongsikan Heliza, beliau dan adiknya mengenakan pakaian dengan hoodie ala Robin Hood berlawan pedang sebelum Hazwani beberapa kali bertanyakan soalan ‘Siapa kamu?’.

Adeh… boleh pulak tak kenal kakak sendiri seperti dikatakan Heliza, sebelum salah seorang daripada mereka mengajak pergi makan. Ni ada la apa-apa gimik yang mereka nak buat kot ya…

Screenshot 20220925 1711352

Seperti Heliza, Hazwani juga seorang penyanyi penulis lagu, pengacara TV, model, dan aktivis kemanusiaan. Dia mula menulis lagu pada usia 13 tahun. Karya pertamanya bertajuk “Jom Zikir” ditulisnya sendiri dalam album, Heliza.

Heliza dan Hazwani dilahirkan di Kuala Terengganu, manakala adiknya itu merupakan anak bongsu daripada empat beradik. Hazwani memulakan kerjayanya di industri hiburan pada usia awal, dikenali sebagai salah seorang komposer termuda pada masa itu.

Screenshot 20220925 1049002

Kini sejak baru mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Seri Mahadi BZ, Heliza juga banyak menghasilkan konten di medsos bersama suaminya itu. Kadang dalam pengisian ada jua yang mencuit hati.

Apa pun ada sahaja perkongsian menarik daripada Hazwani mahupun Heliza ini. Mereka berjaya membuktikan gabungan kerjasama adik-beradik biasanya tidak mengecewakan.

Screenshot 20220925 1713162

Sumber : IG Heliza Helmi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!