Connect with us

Hiburan

“Finally ada sorg model cantik yg steady je dgn mother nature”- Netizan

Published

on

World Wide24.com C5d3aea7058b119dc0ed97868f2b9dea

Kalau anda anak kelahiran 90an mesti kenal dengan model tinggi lampai yang sering dilihat di papan iklan Jakel iaitu Zahnita Wilson. Zahnita Wilson atau nama sebenarnya ialah Zahnita Dorothy binti Hussein Wilson adalah model kelahiran Australia.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Zahnita Wilson merupakan seorang pelakon dan model yang dikenali ramai malah setiap filem atau drama lakonannya pasti akan menjadi tumpuan ramai.

Zahnita juga banyak menjadi model cover depan majalah dan menghiasi majalah yang popular seperti Nona, Pesona Pengantin dan keluarga dengan pakaian-pakaian pengantin.

World Wide24.com 24c562a130738dc9249e22fa6683d64c

Baru-baru ini, Zahnita berkata dirinya menerima kecaman ramai sehingga turut kehilangan beratus orang pengikut di Instagram kerana tidak memakai solekan.

Ianya berlaku ekoran Zahnita Wilson memuat naik video di laman media sosial instagram miliknya berkenaan dengan dirinya yang ingin untuk menyimpan rambut yang beruban namun ‘diej3k’ oleh anaknya kerana mempunyai rambut sebegitu.

World Wide24.com 80548d5f759d65f617ab008296dd33fc

Video yang berikutnya pula Zahnita menyatakan disebabkan video pertama tersebut dia mendapat kecaman yang hebat serta pengikutnya berkurangan beberapa ratus dari sebelumnya kerana tidak lagi cantik seperti dulu. Tambahan pula kebanyakkan video yang di muatnaik oleh model itu tidak menggunakan filter.

Selain itu, ada segelintir netizen juga menyoal Zahnita, apa yang telah terjadi kepada dirinya dan mengapa penampilan Zahnita Wilson ini telah banyak berubah kerana tidak kelihatan jelita seperti dahulu.

World Wide24.com Ebed58e1aa21ee184c9cb31f48a6be49

Namun kecaman tersebut di bidas oleh para peminat Zahnita yang mengatakan ianya adalah di sebabkan faktor penuaan daripada peningkatan umur. Peminat juga mengatakan bahawa Zahnita Wilson masih lagi cantik dan menawan.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram Zahnita, model tinggi lampai itu tampil memohon maaf kepada para pengikut baru di akaun Instagram beliau sekiranya ada yang terguris hati dengan gurauan yang di muatnaik di hantaran sebelum ini.

Meskipun ada yang ‘unfollow’ Zahnita sebelum ini di sebabkan hantaran video memaparkan dirinya tidak bersolek namun tidak kurang juga netizen yang bertambah atau para pengikut baru yang baru saja mengikuti kehidupan beliau semenjak dirinya menjadi sorotan kerana menampilkan wajah tidak bersolek.

Di sebabkan itu lah mungkin terdapat segelintir yang kurang senang dengan gurauan sarkastik daripada Zahnita memandangkan mereka baru sahaja mengikuti perkembangan Zahnita.

World Wide24.com 22a9664a12dd5f43ec3ac7a42a3cc64b

Di ruangan kapsyen pula, Zahnita menjelaskan dirinya juga seperti orang lain yang mengalami cabaran daripada segi emosi dan m3ntal berdepan faktor penuaan. Di dalam kehidupan yang tidak lari daripada penggunaan teknologi, Zahnita hanya ingin menjadi dirinya sendiri.

Beliau juga ingin di lihat sebagai contoh apabila menjadi diri sendiri dalam dunia yang sebenar. Menurut Zahnita lagi, apa yang lebih penting adalah membuat sesuatu yang menjadikan diri sendiri lebih baik.

World Wide24.com 129d1f8fa3f7d928d9b4eb9ba95be860

Zahnita juga meluahkan hasrat untuk berehat sebentar daripada media sosial kerana adakalanya media sosial menjadi terapi namun adakalanya juga media sosial melemahkan semangat beliau.

Zahnita juga tidak mahu ambil pusing mengenai pandangan masyarakat dan ingin melihat dirinya beruban secara semulajadi.

Mengintai keruangan komen pula, netizen memuji pelakon dan model berkenaan kerana tetap dengan pendirian beliau yang mahu menjalani penuaan secara semula jadi.

World Wide24.com 66d47eb9a3307758df7cf077e8ce6504

Netizen juga memberikan semangat kepada Zahnita supaya tidak puutus asa dan terkesan dengan komen- komen negative netizen terhadap beliau.

Netizen juga berpendapat, kecantikan dalaman lebih penting daripada kecantikan luaran. Perkongsian Zahnita itu juga membuatkan netizen merasakan penuaan adalah normal dan tidak perlu berselindung di sebalik kecanggihan teknologi untuk tampak muda. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

World Wide24.com 5d754d03b776d5c7003e96d13b41475a

Apa-apa pun, tidak kisahlah sama ada selebriti ataupun orang biasa, semuanya akan melalui proses penuaan dan kecantikkan tidak akan kekal sampai bila-bila. Apa yang penting ketika berumur adalah menjaga kesihatan.

Sumber: ig zahnita

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!