Connect with us

Hiburan

“Erysha ni ada iras Elfira Loy, lembut je orangnya”- Netizen

Published

on

World Wide24.com Ee171507127c834583988e77d9e57610

Pemilik nama Erysha Emyra atau nama sebenar beliau Nur Erysha Emyra Zakaria merupakan anak gadis kepada pelakon wanita terkenal kelahiran Pasir Mas Kelantan iaitu Datin Seri Noniswara Baharudin. Kejelitaan dram4tis Datin Noniswara tiada tolak banding sehingga anak gadisnya juga turut menarik perhatian ramai di media sosial kerana mewarisi kecantikan semula jadi ibunya.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Anak gadis kesayangan Datin Noniswara itu di lahirkan pada 1 Disember 1999 di Kuala Lumpur dan kini berusia 24 tahun. Datin Noniswara pula masih lagi aktif dalam bidang lakonan dan sehingga kini terus mendapat kepercayaan untuk membawa pelbagai watak daripada pengarah drama.

World Wide24.com F964495b4c870697b5407347c2b90376

Nama Erysha menjadi bualan baru baru ini apabila Datin Noniswara mendedahkan bahawa isteri kepada penyanyi MK K-Clique iaitu Siti Hajaar merupakan adik beradik tiri kepada Erysha.

Datin Noniswara mendedahkan beliau telah berkahwin kali ketiga dengan seorang ahli perniagaan iaitu Datuk Seri Dr Sheikh Nordin yang merupakan bapa mertua kepada MK K-Clique.

World Wide24.com 093bfaf5347e394ce42bc5cf418cdff7

Hal tersebut menjadikan isteri kepada MK K-clique iaitu Siti Hajaar merupakan anak tiri kepada dram4tis terkenal berkenaan. Manakala Erysha pula merupakan anak perempuan hasil perkahwinan pertama Datin Noniswara dengan Zakaria Rahman.

Pernikahan Siti Hajaar dan MK K-Clique mendapat perhatian ramai daripada para peminat MK sendiri. Kejelitaan Siti Hajaar dan sifat lemah lembutnya juga membuatkan para peminat MK merestui pernikahan pasangan itu.

World Wide24.com 1c3928108fbbd53cde8911839f2d0abb

Selain Erysha, Datin Noniswara juga mempunyai dua orang anak lelaki yang juga merupakan adik beradik kandung kepada Erysha iaitu Naveer Mihshon dan Nazeer Danish.

Sebelum menceburi bidang lakonan, Erysha sangat cemerlang dalam pembelajaran beliau kerana namanya pernah tular mendapat keptusan SPM yang sangat cemerlang iaitu 9A.

World Wide24.com 3abf8c9c373931152f2b32da4d53e74e

Selepas mencapai keptusan yang cemerlang, Erysha juga turut melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi dengan mengambil jurusan perakaunan.

Ibarat kata pepatah, kemana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi jua. Erysha akhirnya membuat keptusan untuk menyambung legasi dan bakat lakonan ibunya dengan menceburi industri hiburan. Erysha memulakan langkah dalam bidang lakonan menerusi drama bersiri Perempuan Itu dan memegang watak sebagai Wardah.

World Wide24.com 0c2a382d63efc6f58ee993d57f8b6968

Tidak menoleh ke belakang lagi, Emyra terus meraih perhatian pengarah apabila di berikan watak utama menerusi drama Chinta Wrong Direction bergandingan bersama pelakon kacak Hun Haqeem.

Menerusi satu perkongsian di tiktok peminat, satu video lama yang memaparkan Erysha dan ibunya Datin Noniswara menjadi tetamu jemputan di program Meletop di kongsikan kembali buat tatapan para peminat.

@randomjerrrr

aku la si nabil ni😂 semua sebab chinta dan akid, terscroll video lama² #chintawrongdirection #eryshaemyra #noniswara #nabil #neelofa #meletop

♬ original sound – ennntahlaaa – ennntahlaaa

Memandangkan Erysha kini semakin popular serta di kenali ramai menerusi drama Chinta Wrong Direction, peminat juga teruja apabila melihat kembali video lama tersebut.

Erysha dan ibunya muncul di program Meletop kerana tular mendapat keptusan cemerlang di dalam SPM dan membuat perkongsian mengenai tips pembelajaran supaya menjadi inspirasi para pelajar.

World Wide24.com Aebf0f39b2d7683b5985510574779e59

Namun begitu wajah Erysha menjadi sorotan kerana berwajah lembut dan jelita. Rata rata netizen tidak menolak bahawa Erysha sememangnya mewarisi kejelitaan wajah ibunya Datin Noniswara.

Netizen juga berkata Erysha juga seiras pelakon Elfira Loy kerana mempunyai kening yang lebat seperti pelakon dan pengacara bertubuh genit itu. Berikut di kongsikan komen komen netizen buat Erysha.

World Wide24.com 09825fabac5cca70c09230f3c8e142cf

Memang betul nampak ada iras. Ingatkan adik beradik dengan Elfira Loy rupanya anak Datin Noniswara. Memang tak sangka pula Erysha ni ada ibu yang merupakan dram4tis terkenal. Lemah lembut dan cantik Erysha ni pun ikut ibunya Datin Noniswara.

sumber tiktok randomjerrrr

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!