Connect with us

Hiburan

“Dulu pemalu sekarang hyperaktif haha”- Netizen

Published

on

World Wide24.com 5c0d1f9c5ee12c539e32421ea02d794d

Gelagat lucu Kak Lina Pom Pom atau Elly Mazlein sering kali menghiburkan orang ramai setiap kali beliau menjadi pengacara sesebuah program hiburan di kaca televisyen.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Baru baru ini gandingan beliau sebagai rakan pengacara bersama seorang pelawak Indonesia iaitu Rina Nose di dalam pertandingan nyanyian Big Stage menjadi sebutan para netizen apabila gelagat Kak Lina mengusik para juri serta peserta yang bertanding memeriahkan lagi rancangan berkenaan saban minggu.

Gandingan Kak Lina bersama pelawak Rina Nose juga sangat serasi apabila pelawak berkenaan mampu melayan kerenah “masuk air” Kak Lina. Rina Nose turut beraksi lucu dan pasangan pengacara itu juga saling membahan antara satu sama lain secara bersahaja di atas pentas.

World Wide24.com 955a51a4783d91bf8c78f6231b6a81f1

Memandangkan Kak Lina juga merupakan penyanyi, saban minggu pasti ada sahaja cara Kak Lina untuk menghiburkan para penonton dengan aksi manja beliau mengusik juri.

Sama ada dengan gelagat manja beliau mengusik juri mahupun saling menunjukkan bakat dengan tidak mahu kalah dengan rakan pengacaranya Rina Nose yang juga berbakat dalam nyanyian.

World Wide24.com 3cee9baa910c2fc3727e94489a4f17e9

Gandingan pengacara Kak Lina dan Rina Nose juga mendapat reaksi yang positif daripada para penonton yang mahu gandingan pengacara berkenaan di kekalkan untuk musim musim yang seterusnya.

Klip klip video pendek daripada rancangan Big stage yang memaparkan beberapa gelagat lucu Kak Lina yang mengusik para juri juga turut tular di media sosial meskipun rancangan Big Stage telah pun melabuhkan tirai pada hari ahad yang lalu dengan mengangkat peserta Nadeera Zaini sebagai juara pertandingan nyanyian tersebut.

Menerusi satu perkongsian di Instagram salah seorang peminat Kak Lina, satu video lama throwback gandingan antara Elly Mazlein dan Ajai tampil untuk memberikan anugerah di suatu majlis telah di kongsikan bersama video terbaru di rancangan Big Stage.

Kedua dua klip video tersebut di satukan untuk menunjukkan perbezaan ketara pada karakter Kak Lina sebelum ini berbanding sekarang.

World Wide24.com 1f7e62006a8f74aefc5c626dbce2282c

Jika dahulu nama Kak Lina Pom Pom masih belum wujud dan beliau hanya menggunakan nama Elly Mazlein sebagai penyanyi namun setelah menyertai gegarvaganza musim ketiga sekitar tahun 2016, kelab peminat Elly Mazlein memanggil penyanyI itu dengan gelaran Kak Lina Pom Pom membuatkan nama berkenaan melekat sekaligus mendatangkan tuah dalam kehidupan penyanyi tersebut.

Menjengah keruangan komen, ramai peminat meningg4lkan komen yang merasa geram namun lucu apabila melihat kembali video throwback Elly Mazlein bersama Ajai tersebut.

World Wide24.com 8298e97b7ab51961bd3b7a6e8a3f1ada

Para peminat juga mengenang kembali karakter Elly Mazlein yang sebelum ini yang sangat sopan dan pemalu berbanding sekarang yang ‘masuk air’ dan pandai mengusik.

Watak yang di bawa Kak Lina menerusi drama Kampung People juga turut sebati dengan karakter yang di bawa oleh penyanyi dan pengacara itu sekarang. Antara komen komen yang di tulis oleh netizen adalah seperti berikut.

World Wide24.com Beebaa4e825ad88595bc90e1e9278b09

Terdahulu, Elly Mazlein pernah menarik diri daripada pertandingan nyanyian gegarvaganza musim ketiga apabila persembahan beliau menerima teguran daripada salah seorang juri yang mengatakan bahawa beliau masih bertahan sebagai peserta hanya di sebabkan belas ihsan oleh pihak Astro.

Beliau kemudiannya tekad menarik diri kerana tidak mahu di dakwa hanya bertahan di sebabkan simpati semata mata.

Sumber: instagram azzim aziz

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!