Connect with us

Hiburan

“Dia ‘shh’ kan syaitan yg hasut dia utk makan”- Netizen

Published

on

World Wide24.com 373e6d7fbc3ec73476f4782ad7f9fcd3

Sejak pelakon wanita jelita ini melahirkan anak lelaki sulungnya Isaac Raees, nama Zahirah MacWilson agak tenggelam dan sangat jarang muncul di kaca televisyen apatah lagi dengan kemunculan para pelakon baru yang muncul bagaikan cendawan saat ini untuk mewarnai dunia lakonan tanah air. Bagaimanapun setelah hampir dua tahun memperlahankan kerjaya seninya untuk memberikan fokus membesarkan anaknya, ramai peminat yang sudah mula merindui lakonan Zahirah.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Kini, Zahirah kembali aktif semula berlakon dan juga di lantik menjadi duta pelbagai produk serta wakil kepada jenama antarabangsa.

World Wide24.com 8c57ebcb7d6596728f4f45c121c6d3c5

Baru- baru ini tindakan aktres ini berkongsi nama- nama bayi perempuan yang menjadi kegemaran beliau telah tular dan menimbulkan persepsi dalam kalangan netizen bahawa beliau sedang memberikan “hint” kepada para peminat sekiranya dirinya kini sedang hamil anak kedua.

Bagaimanapun dakwaaan berkenaan di sangkal oleh isteri kepada Aiman Hakim Ridza memandangkan niat beliau hanya sekadar berseronok sahaja memilih nama anak perempuan berkenaan.

Zahirah berkata beliau kini sedang focus untuk membina kembali kerjaya seninya namun begitu beliau tidak menolak sekiranya beliau dan suami di kurniakan rezeki cahaya mata kedua dalam masa terdekat.

World Wide24.com 6fbfde141362fad7eac19186a565bd00

Sebagai menghargai sokongan peminat yang mahu memgikuti perkembangan anak sulung beliau dan Aiman, Zahirah juga mewujudkan akaun Instagram untuk Isaac Raees. Apa juga perkembangan terkini mengenai anaknya akan di muatnaik dan di kongsikan bersama peminat menerusi Instagram berkenaan.

Perkongsian Zahirah dan Aiman mengenai kehidupan bersama anak sulung mereka itu sentiasa menarik perhatian netizen yang tertarik dengan kecomelan wajah Isaac Raees yang memiliki lesung pipit di pipinya. Sehingga kini, akaun Instagram Isaac Raees memiliki sehingga 136 ribu orang pengikut setia.

World Wide24.com 2e19f3992f311d8270603bcd84ad8e56

Sementara itu, menerusi perkongsian terbaru di Instagram Zahirah pula, pelakon jelita itu memuatnaik satu video yang memaparkan beliau menguji kesabaran anaknya Isaac sama ada mematuhi arahan beliau atau tidak.

Menerusi video yang di paparkan itu, Zahirah memberikan Isaac semangkuk coklat dan meminta anaknya itu supaya menunggu beliau kembali daripada tandas sebelum anaknya itu mendapat kebenaran untuk makan coklat berkenaan.

Beliau juga turut merakam gelagat anaknya itu ketika perlu menunggunya kembali daripada tandas dan melihat sama ada anaknya itu mampu untuk bersabar mematuhi arahan beliau atau tidak.

Gelagat anaknya yang bersabar dan mampu untuk berbisik menenangkan diri sendiri untuk menunggu ibunya kembali daripada tandas sangat mengagumkan netizen.

World Wide24.com C7fd0f4166a2a2380bb46b4c58dc2b51

Menjengah keruangan komen, tindakan Isaac itu mendapat pujian daripada netizen. Mereka juga kagum dengan sikap Isaac yang mampu bersabar dan mendengar arahan ibunya walaupun baru berusia 2 tahun.

Malahan gelagat Isaac yang memujuk diri sendiri dan seolah cuba untuk menghindari ‘hasut4n’ syaitan yang menyuruhnya makan coklat berkenaan ketika ketiadaan ibunya membuatkan netizen cukup kagum dengan kejujuran kanak- kanak berkenaan. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

World Wide24.com 8e57a76624400a2ab65de0efc9828417

Comel betul la Isaac ni. Jujur dan sangat mendengar kata mommy dia. Semoga Isaac menjadi anak yang soleh dan patuh kepada kedua ibu bapa apabila sudah dewasa kelak ya.

Sebagai rekod, Zahirah sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aiman Hakim Ridza pada 20 Februari 2020 dan pasangan itu di kurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Isaac Raees yang kini berusia dua tahun.

World Wide24.com 82b3473ec56ad0d0a45fd24227a7cbe6

Sumber: ig zahirah mcwilson

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!