Connect with us

Hiburan

“Dia punya lenggang kangkung tu comel je”- Netizen

Published

on

World Wide24.com A90620e2a9b28327ff17d51634ba08b7

Jebat Jayden menyambut hari ulang tahun kelahiran pada 30 Ogos. Pada tahun ini genaplah sudah usia Jebat 5 tahun. Sambutan hari lahir anak kesayangan Nabila dan Sharnaaz itu di lakukan secara meriah dengan kehadiran ahli keluarga terdekat. Meskipun sudah berpisah namun hubungan baik yang terjalin antara Sharnaaz dan Nabila cukup di kagumi ramai.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Sharnaaz juga turut hadir untuk menemani anak lelakinya itu dan meraikan hari lahir Jebat bersama Nabila. Netizen juga memuji cara didikan Sharnaaz dan Nabila buat Jebat selama ini kerana Jebat membesar menjadi seorang kanak kanak yang sangat mendengar kata dan cukup sopan.

World Wide24.com 1caf629c34409299adb1b6db12a49341

Sememangnya didikan dan asuhan yang baik daripada Sharnaaz dan Nabila buat Jebat telah berjaya membentuk keperibadian yang di tunjukkan oleh Jebat hari ini.

Sementara itu, Neelofa melahirkan anak keduanya Abdullah Abbas pada 11 Julai namun sehingga kini usahawan popular itu masih belum mendedahkan wajah anak keduanya itu kepada orang ramai.

Neelofa hanya berkongsikan gambar anaknya dalam posisi meniarap atau gambar Abdullah Abbas yang di tutup dengan emoji. Di majlis hari ulang tahun kelahiran Jebat itu, hanya Bilal yang kelihatan hadir.

World Wide24.com 174e1befbc2c1556aeefe82ea3fe4fdc

Menerusi perkongsian terkini di Instagram peminat Neelofa iaitu Lofa Page, satu video yang memaparkan anak sulung Neelofa iaitu Muhammad Bilal di majlis sambutan hari lahir sepupunya Jebat Jayden di kongsikan buat tatapan para peminat Neelofa.

Di majlis sambutan hari lahir Jebat Jayden itu, beberapa orang kanak-kanak di lihat sedang berkumpul bersama namun lensa kamera kemudiannya merakamkan Bilal sedang berjalan seorang diri menuju ke kolam renang di arah bertentangan.

Tanpa menghiraukan kanak- kanak yang lain, Bilal ‘membuat hal sendiri’ dan berjalan untuk meneroka tempat berkenaan seorang diri. Gelagat dan gaya jalan Bilal itu tidak ubah seperti umminya Neelofa.

Perkongsian video tersebut menerima sehingga 4890 tanda suka daripada para peminat bekas pengacara Next To Neelofa itu. Yakin betul Bilal berjalan seorang diri tu ya.

World Wide24.com 9f3cdb5e6c91acf1df463c0aae302eaa

Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata netizen merasa geram dengan kecomelan Bilal. Netizen juga berkata cara Bilal berjalan sambil memandang lelaki dewasa di sebelahnya sudah seperti gaya orang dewasa.

Ada segelintir netizen juga berkata muka Bilal seiras benar dengan sepupunya Jebat Jayden. Berikut di kongsikan komen- komen netizen terhadap video Bilal berkenaan.

World Wide24.com 675463ca380347a39be449ff759ab641

Comel betul Bilal, ulang-ulang acik dalam instagram ni tengok video Bilal jalan. Makin geram dengan kecomelan Bilal bila dah boleh berjalan ni. Buat hal sendiri je Bilal berjalan ke arah kolam renang tu.

Sumber: ig lofa.page

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!