Connect with us

Hiburan

“Tak sangka waktu fotosh0ot Ira menitiskan air mata mendengar lagu ni” – Dato Aliff Syukri

Published

on

World Wide24.com 1951ad8506dbe33c18da81f6412a4927

Meskipun mendapat k3caman netizen apabila mengambil Ira Kazar sebagai model bagi mempromosikan beberapa tudung keluaran terbaru dan juga sebagai duta bagi rangkaian perniagaan beliau termasuk lah rumah peranginan beliau iaitu Sugeh Resort namun, ianya tidak menjadi isu buat Dato Aliff Syukri bagi meneruskan usaha promosi yang telah beliau rancangkan bersama Ira Kazar.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Dato Aliff juga berkata beliau sudah menjelaskan sebelum ini bahawa beliau tidak menyokong dan menyebelahi sesiapa terhadap konflik yang berlaku melibatkan pengarah Syamsul Yusuf, Ira Kazar dan bekas isterinya Puteri Sarah Liyana.

World Wide24.com 551a93be65d26f22d49a1fe3a3224952

Sebagai seorang usahawan, Dato Aliff hanya menjalankan perniagaan beliau seperti biasa dengan membuat strategi pemasaran yang di rasakan bersesuaian dengan produknya. Dedah Dato Aliff lagi, beliau juga sudah pernah mengambil Puteri Sarah sebagai model tudung beliau sebelum ini.

Model tudung yang di sunting oleh Dato Aliff sebelum ini juga tidak tetap dan sering bertukar mengikut perancangan syarikat.

Malahan Dato Aliff juga sudah banyak berkongsi rezeki bersama beberapa orang wanita yang pernah tular sebelum ini seperti bekas isteri pelakon Hafiz Roshdi iaitu Shuhada Syukri.

World Wide24.com 9d6be72d56dbd898b6e19ce24323adef

Terbaru, menerusi perkongsian terkini Dato Aliff di Instagram, usahawan terkenal itu memuatnaik satu video yang memaparkan Ira Kazar menitiskan air mata secara tiba- tiba sewaktu sesi fotografi koleksi telekung terbaru jenama AS Hijab di jalankan.

Jelas Dato Aliff, sewaktu sesi fotografi berlangsung, satu lagu berjudul Bukan Aisyah Bukan Siti Khodijah nyanyian seorang penyanyi negara seberang bernama Iren Lafebian telah pun di mainkan sebagai lagu latar bagi video promosi telekung berkenaan.

Namun begitu, lirik lagu Bukan Aisyah Bukan Siti Khodijah tersebut yang sangat menyentuh jiwa Ira Kazar membuatkan isteri pengarah terkenal itu menangis mendengarkan lagu berkenaan.

Ira di lihat tidak dapat menahan perasaan sedih dan menangis secara tiba- tiba. Ira kemudiannya di tenangkan oleh seorang ahli keluarganya yang berada bersama sewaktu sesi fotografi berkenaan berlangsung.

World Wide24.com 80148565fec02b2b421fe9a34b27117d

Mengintai ke ruangan komen pula, netizen berkongsi pelbagai pendapat terhadap video fotografi tersebut. Rata- rata netizen menunjukkan reaksi yang negatif dan kurang senang dengan tindakan Dato Aliff yang masih mengekalkan Ira Kazar sebagai model barangan perniagaan beliau.

Netizen juga berkata, di sebabkan mereka kurang berkenan dengan model yang mempromosikan telekung itu, telekung yang di promosikan juga kelihatan tidak menarik pada pandangan mata mereka. Berikut di kongsikan komen komen netizen.

World Wide24.com E3c49fcba74390749c08cb0db5276f09

Selain tidak henti membandingkan dengan situasi yang terpaksa di lalui oleh Puteri Sarah, netizen juga merasa terkilan dengan tindakan Dato Aliff yang seolah tidak memahami permintaan netizen untuk menukar model lain bagi mempromosikan produk perniagaannya.

Sumber: ig aliffsyukriterlajaklaris

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!