Connect with us

Hiburan

“Dia boleh pulak tak sabar nak kawad merdeka” – Wanns Ahmad

Published

on

World Wide24.com 3977a6b90e67cd44a1fa253cf18f76b3

Pernah lihat bagaimana pasangan bertik4m lidah? Kadang watak dibawa dalam drama atau filem berkaitan membuatkan kita pun jadi terbawa-bawa dengan emosi dibuatnya macam dalam hasil karya menggandingkan aktor, Syukri Yahya dan aktres, Janna Nick ini. Kedua-duanya sudah diperakui hebat dalam membawakan pelbagai jenis watak dan peranan dalam sesuatu hasil karya.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Terbaharu lakonan mereka berdua dalam slot drama bersiri Samarinda di TV3 juga menjadi bualan netizen dikatakan dek ‘sedapnya’ cerita tersebut. Lihat sajalah lakonan mereka dalam petikan penggambaran ini.

World Wide24.com E23cc2f405539b695a154ffa05fa4e3f

Pada mulanya Shukri yang melakonkan wataknya sebagai Ryan iaitu suami kepada Misha lakonan Janna memberikan am4ran agar wanita itu tak keluar rumah.

Ryan mengingatkan Misha yang walaupun selangkah Misha keluar rumah, dia tak akan mengambil tahu lagi pasal wanita itu. Mahu menunjukkan perasaan, Misha berkali-kali menghentak kaki seakan berkawad perbarisan.

World Wide24.com F8d0e97e07a8462f3dc6e227f27e5dd0

Sambil tu sempat pula dia memulangkan paku buah keras yang dirinya bukan setakat sekali melangkah… tetapi dah berkali-kali sambil terus berjalan keluar dari pintu rumah berkenaan dengan lagak puas hati.

Namun aksi Janna dan Shukri selepas itu mencuit hati. Mana taknya, di hadapan kamera terlihat serius, rupanya-rupanya di sebalik lakonan itu, mereka sendiri ketawa dengan aksi masing-masing.

World Wide24.com 8993f6c95c93b9a2e58d5ed5ab1ddf01

Shukri cuba menyembunyikan wajahnya yang sedang lucu menahan ketawa di samping rakan pelakon, manakala Janna juga kedengaran tergelak dengan hasil aksinya sendiri. Ingatkan mereka serius sangat…

Coret rakan pelakon di samping Shukri Yahya dalam lakonan itu yang bernama, Wanns Ahmad di ruangan komen, Janna disifatkan boleh pula tak sabar nak kawad merdeka sambil dia turut tag nama Shukri dan Janna.

World Wide24.com 5fe0422714b3d3c81f4001c89c4f3dfb

Ohhh.. padanlah mereka sama-sama paling ketawa. Gamaknya mendengar bunyi tapak kasut Janna sedang menghentak-hentakkan kakinya dalam lakonan itu dah macam bunyi berkawad. Maklumlah dah nak hari Merdeka ni…

“Bkn skli dia mlangkah,bnyk skli dia melangkah..ambik Kau”, “Dorang pun terhibur, tak tahan nak gelak”, “korang niiii nanyi aku tengok drama ni dah x feel dah. teringat2 kang scene sengal gini haa”. Itu pula antara komen netizen. Terhibur dibuatnya…

Sumber : Ig Janna Nick

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!