Connect with us

Hiburan

“Dari dulu orang selalu cakap Mawar ni pandang harta, semua laki tanggung”- Mawar Rashid

Published

on

Setiap kejayaan datang mesti lah dengan usaha dan pengorbanan seseorang. Untuk mencapai kejayaan, ia bukanlah sesuatu yang mudah. Pada awalnya, kita pasti akan menempuh pelbagai onak dan duri sebelum menerima hasil sesebuah kejayaan itu. Maka, kita janganlah mudah mengalah dan terus kuat semangat untuk menggapai sesuatu impian ibarat peribahasa usaha tangga kejayaan.

Siapa sangka, selebriti dan pelakon Mawar Rashid kini sudah berjaya memiliki rumah idamannya pada usia 26 tahun dengan hasil titik peluhnya sendiri.

Di sebalik kejayaannya memiliki rumah idamannya itu, Mawar telah mengharungi pelbagai suka duka sepanjang hidupnya. Mawar sendiri mendedahkan, beliau sudah diajar untuk berdikari sejak umur belasan tahun dan sibuk bekerja dari muda lagi.

Mawar juga meluahkan perasaan kecewa apabila segelintir pihak menggelar dirinya seorang yang materialistik dan hanya bergantung kepada suaminya sahaja, Raf Yaakob.

Walhal Mawar sendiri memberitahu, beliau bekerja keras dan berusaha dengan sendiri untuk mendapatkan duit walaupun sudah memiliki dua orang cahaya mata dan mendapat sokongan moral dari suami tercinta.

Mawar menerusi luahannya di kapsyen posting Instagramnya baru-baru ini telah membuatkan ramai netizen kagum dengan kesungguhan yang ada pada diri Mawar. Sekaligus membuka mata kepada orang ramai bahawa Mawar bukanlah seorang yang materialistik seperti yang dikatakan oleh segelintir pihak.

Dalam pada itu, posting Mawar bersama suami dan rumah idaman mereka telah menerima 102,000 tanda suka dan komen positif daripada netizen.

Rata-rata netizen menzahirkan ucapan tahniah buat Mawar dan kejayaan Mawar ini boleh menjadi satu inspirasi buat semua wanita di luar sana.

Alhamdulillah dan tahniah buat Mawar. Akhirnya lepas berhempas pulas bekerja, dapat juga rumah idaman Mawar. Seronok tengok rumah Mawar, cantik sangat.

Sumber: Instagram Mawarrashid

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Continue Reading

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!