Connect with us

Hiburan

“Ala sy xnk yg murah, sy nak yg RM1000 ada” – Baby Shima

Published

on

Bercerita tentang penyanyi Baby Shima, ramai sudah tahu genre pop, balada dan dangdut yang dibawa oleh penyanyi ini. Lagu-lagunya juga pernah menjadi hit di saluran radio tempatan. Siapa sangka, Baby Shima juga meraih populariti di Indonesia selepas menyertai D’ Academy Asia musim ketiga di Jakarta pada tahun 2017. Di Indonesia, Baby Shima terkenal dengan nyanyian dangdut sehingga menjadi kegilaan ramai.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Namun baru baru ini, sebuah video yang dikongsi Baby Shima telah menerima komen pedas daripada netizen.

Video yang menunjukkan Baby Shima mencari ikan siakap berharga RM1000 di salah sebuah pasar raya membuatkan ramai netizen kurang suka melihatnya. Malah tindakan Baby Shima yang tidak memakai pelitup muka juga menimbulkan kemarahan netizen.

Ramai netizen memberi komen menegur Baby Shima yang sengaja tidak mematuhi SOP ditetapkan kerajaan dan hanya sekadar mencari perhatian sahaja.

Melihat pada video berkenaan, Baby Shima sengaja bertanyakan pada pekerja pasar raya berkenaan harga ikan siakap yang dikatakan sedang viral baru-baru ini.

Video berkenaan telah menerima sekitar 200,000 tontonan dan pelbagai reaksi daripada netizen di ruangan komen.

Mata netizen lebih tertumpu kepada Baby Shima yang tidak memakai pelitup muka di tempat awam dan mengabaikan SOP.

“Pkai lah face msk tu, itu pun kalau tak pakai dh kena bayar 1k tu, ummm murah sgt tu 1k, baby shima boleh bayar tu”- Netizen

Sumber: Instagram Hangat

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!