Connect with us

Hiburan

“Bapak bapak sangat salat hingus kat baju anak, haha lucu betul” – Netizen

Published

on

Macam-macam gelagat dapat dilihat tatkala individu menjalani swab test. Dari kecil sampai ke besar, ada yang kelihatan rileks saja, ada yang muka gabra habis, ada yang menggelabah teruk dan tidak kurang yang menangis dan 1,001 macam lagi. Cerita bab si kecil menjalani ujian itu, sudah pasti gelagat ibu bapanya juga menarik perhatian.

Lazimnya golongan ibu dilihat lebih prihatin dan sensitive perihal anak. Sementara k4um bapa dikatakan lebih sempoi agaknya ada benarnya. Lihat sajalah gelagat pelakon, pengacara dan ahli perniagaan, Datuk Fizz Fairuz ini.

Melalui IG isterinya, pelakon, Datin Almy Nadia, agak mencuit hati apabila ada yang menegur tindakan ‘refleksnya’ yang mengesat hingus anaknya di baju si kecil itu sebaik melakukan swab test.

Ramai netizen di ruangan komen posting itu yang mengakui tindakan sedemikian biasa dilakukan oleh golongan bapak-bapak yang lebih bertindak ‘mana dan’, berbeza dengan ibu-ibu.

Sememangnya jika melihat swab test dilakukan oleh si anak yang masih kecil, hati kita pun boleh jatuh kasihan dibuatnya apabila mata mereka berair dan terpejam-pejam menahan rasa tatkala bahagian tekak dan hidung dikorek untuk proses tersebut oleh petugas kesihatan.

Sudah namanya norma baharu pada masa sekarang, agak memberikan inspirasi perkongsian Almy di postingnya itu apabila memberitahu mereka sekeluarga membuat swab test PCR hari ini.

Kongsi Almy, mereka sekeluarga menjalani swab disebabkan di sekolah anaknya ada anak yang positif cvd. Tambahan pula katanya, Fizz selalu keluar bekerja, justeru mereka mengambil langkah berjaga-jaga melakukan swab pcr yang dikatakan keputusannya lebih tepat.

Mana taknya Almy sendiri dalam postingnya itu kelihatan sarat hamil yang sudah tentu lebih perlu berhati-hati memandangkan ibu mengandung juga golongan berisiko.

Dalam pada itu, ramai yang khuatir dan mengambil berat akan mereka sekeluarga menasihati agar sentiasa berhati-hati dan berdoa agar v1rus jhat itu tidak mendekati Almy sekeluarga.

Fizz mendirikan rumah tangga dengan Almy pada 26 April 2014. Mereka dikurniakan tiga anak perempuan, Afrina Arianna, Afrina Aurora dan Afrina Ayra, dan satu anak angkat, Afrina Darwisyah. Wow semuanya perempuan.

Sumber : Ig Datin Almy Nadia

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Facebook

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!