Connect with us

Hiburan

“Baru nk support lagu baru tu tp bila tgk video sepaak2 duit terus jd xsuka”- Netizen

Published

on

Erinsakura D5c89da8617e66016957490f33aced4a

Hampir beberapa bulan kisah cinta di antara usahawan Dato Vida dan bekas PA beliau iaitu Ahmad Iqbal menjadi bualan netizen sejak mereka berdua membuat pengumuman untuk bernikah tempoh hari. Bagaimanapun keputusan Dato Vida dan Iqbal untuk mendirikan rumahtangga telahpun menerima tentangan hebat daripada kedua- dua anak Dato Vida iaitu Cik B dan Kacak.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Kisah pasangan ini untuk berkahwin mendapat perhatian meluas sehinggakan anak-anak Dato Vida iaitu Cik B dan juga Kacak juga menerima tempias daripada kisah perkahwinan mereka. Menurut Iqbal, Dato Vida masih lagi tidak memberikan keputusan untuk meneruskan perkahwinan mereka ataupun tidak sehingga menyebabkan Iqbal menjadi sudah tawar hati untuk meneruskan perkahwinan mereka.

Erinsakura 14aa210575b2962f9bb5a716715fa2d3

Hasrat pasangan berkenaan untuk mendirikan rumahtangga berkemungkinan besar tidak dapat diteruskan berikutan mendapat tentangan hebat daripada anak Dato Vida sendiri iaitu Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamileen. Cik B tidak merestui pernikahan tersebut kerana bimbang ibunya itu akan dikecewakan lagi berdasarkan pengalaman perkahwinan Dato Vida yang lalu.

Cik B juga berkata, beliau sebenarnya tidak pasti adakah ibunya itu benar – benar serius dengan keputusan untuk bernikah ataupun sekadar melakukan gimik promosi produk memandangkan ibunya itu sudahpun berusia. Namun bagi dirinya sendiri, cukuplah beliau pernah mempunyai 5 orang ayah hasil perkahwinan Dato Vida sebelum ini.

Erinsakura 2005c175d1975548d615ecb3a319791e

Dato Vida sebelum ini pernah memohon maaf kepada Iqbal diatas tindakan anak-anak beliau yang memberikan kenyataan di media sosial mengenai perancangan mereka untuk bernikah.

Namun Iqbal bagaimanapun berkata, beliau sudah membatalkan tempahan dewan untuk perkahwinan bersama Dato Vida yang dijangka berlangsung bulan Disember nanti. Dedah Iqbal lagi, beliau juga sudah lama tidak berhubung dengan Dato Vida.

Erinsakura 5bffb1a14c2f1331cae9d777e1e99ff7

Setelah mengambil kira kesemua aspek, Iqbal berkata keputusan terbaik untuk dirinya adalah dengan membatalkan sahaja perkahwinan beliau bersama Dato Vida. Beliau yang merasa terkilan dan sedih dengan keputusan berkenaan berkata beliau ingin mengabdikan kisah kehidupan beliau itu dalam sebuah lagu.

Lagu yang dijangka bakal di keluarkan pada 1 November itu akhirnya telah dilancarkan melalui saluran Youtube Rusa Music dan menemui para pendengar sejak semalam. Pelbagai reaksi yang di berikan oleh warganet setelah mendengarkan lagu pertama Iqbal yang berjudul Hujan tersebut.

Erinsakura Ce08d315db82c55676b6949b6da74d95

Sebagai seorang pendatang baru dalam dunia hiburan, lagu yang dirakamkan oleh Iqbal berkenaan di puji kerana mempunyai melodi dan lirik yang menarik.

Malahan warganet juga tidak menyangka bahawa Iqbal juga mempunyai suara yang sedap serta menerima pujian warganet walaupun kali pertama melancarkan lagu sendiri.

Sejak di lancarkan pada jam 5 petang semalam di saluran Youtube Rusa Music, video muzik Hujan nyanyian usahawan sensasi itu telah menerima sebanyak 744,000 tontonan dalm tempoh hanya 1 hari. Sebagai rekod, lagu Hujan telah di ciptakan oleh anggota kumpulan Floor 88 yang mengisahkan mengenai kisah hidup Iqbal sendiri.

Erinsakura 98f581f42740aafc7d685f7e4ab0473a

Menjengah ke saluran Youtube Rusa Music untuk melihat muzik video yang di rakamkan oleh Iqbal bagi lagu terbarunya itu, walaubagaimanapun terdapat segelintir netizen yang kurang menggemari adegan di dalam muzik video tersebut yang memperlihatkan Iqbal memijak beberapa wang kertas yang bertaburan di akhir muzik video itu. Berikut dikongsikan komen- komen netizen.

Erinsakura 85dd6f743f866d4c53f87934c24f6a51

Semoga komen -komen yang ditinggalkan oleh netizen ini dapat memberikan semangat dan motivasi kepada Iqbal untuk memperbaiki lagi kualiti muzik video beliau sekiranya mengeluarkan lagu seterusnya selepas ini.

Apa- apa pun tahniah kerana kini sudah bergelar penyanyi dan hasrat untuk memiliki lagu sendiri telahpun tercapai.

Sumber : Instagram ahmad iqbal

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!