Connect with us

Hiburan

“Dah boleh jadi geng dengan Maya Karin” – Netizen

Published

on

Erinsakura D6c1d7486618a6f8efded39032908a6c

Asal je sebut pasal hntu, mesti secara automatik aktress Malaysia pertama yang muncul dalam kepala korang ialah Maya Karin, bukan? Banyak je pelakon wanita Malaysia yang berlakon jadi watak hntu tetapi Maya Karin juga yang tetap mendapat tempat dalam hati korang kan? Min akui, wayang hntu Malaysia yang berjaya ‘menghntui’ hidup min adalah wayang Pntianak Harum Sundal Malam yang dibintangi oleh siapa lagi kalau bukan pelakon jelita Maya Karin.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Entah mengapa, tapi ada sesuatu daya penarik Maya ni yang membuatkan orang sentiasa ingat dengan wataknya yg sebagai kak ponti itu. Jadi apabila ada sahaja pelakon wanita Malaysia yang melakonkan watak hntu, secara automatik mereka akan dikategorikan sama seperti Maya.

Erinsakura 8cef95530f8e29af1684c2a76b1426d8

Seperti aktress viral Elizabeth Tan ataupun lebih mesra dipanggil Lizzy, baru-baru ini Lizzy ada mengongsikan satu video mengenainya yang melakonkan watak hntu. Menerusi video tersebut, Elizabeth kelihatan sedang berada dalam penggambaran ketika sedang menjadi ‘hntu’.

Ujar Lizzy, penggambaran filem Lizzy pada waktu itu merupakan cubaan kali pertamanya membuat ‘rigging’. Walaupun ianya merupakan kali pertama Lizzy melakukan aksi sedemikian, namun sedikitpun Lizzy tidak berasa susah malah aksi tersebut semakin disukai oleh Lizzy.

Erinsakura Cbd537afbfb56c41ee64572c8ef273a1

Namun yang menjadi perhatian netizen adalah watak hntu yang dibintangi oleh Lizzy tersebut. Ada yang berpendapat bahawa Lizzy kelihatan seram dengan watak sedemikian dan ada juga yang mengatakan Lizzy langsung tidak menaakutkan walaupun sudah berubah menjadi hntu.

Dengan hntu yang cantik jelita seperti Lizzy, rasanya tetap ramai peminat yang terpesona kot. Menurut Lizzy, penampilannya sebagai hntu kali ini adalah dalam cerita seram komedi yang mana Lizzy berpewatakan sebagai kak ponti.

Erinsakura 373458270b6758447c5d1158a1416ee8

Agak ‘extreeme’ juga penggambaran yang melibatkan riigging ni kan. Siap berterbangan lagi Lizzy dibuatnya. Tapi memang kena betullah dengan wataknya sebagai kak ponti kali ini. Kak ponti kan memang sinonim dengan perkataan terbang. Hehehe.

Video perkongsian Lizzy yang dimuatnaik sejak 15 jam yang lalu ini berjaya memperoleh sebanyak 23,545 sukaan serta 133 komen yang mana kebanyakan netizen memberikan reaksi yang berbeza. Ada netizen yang tidak sabar mahu menonton filem Lizzy ini, malah ada juga yang sempat menasihati Lizzy agar senantiasa berhati-hati semasa sedang melakukan aksi yang merbaahaya ini.

Erinsakura 4bc401b8731b4ca425c7441a8433092a

Pendapat korang pula bagaimana? Rasa-rasanya, bolehkah Lizzy membawa watak pntianak tersebut dengan jayanya? Nampak ‘sc4ry’ tak Lizzy kat sini atau langsung tak menaakutkan? Apa-apapun, jangan lupa untuk mngalkan komen anda dalam ruangan komen artikel ini.

Sumber: Instagram Elizabeth Tan

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang COPY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!