Connect with us

Hiburan

“Suka lahh english mateen lancar je speaking” – Netizen

Published

on

Tingkah laku anak sebenarnya sedikit sebanyak dipengaaruhi daripada tindak tanduk ibu bapa. Selain itu, percakapan dan perbuatan mereka juga kadang kala dipengaaruhi oleh tv dan gajet yang diberi. Ini termasuklah dengan penggunaan bahasa mereka yang juga banyak dipengaaruhi dari ibu bapa dan gajet. Itulah satu satu kebaikan sebenarnya kerana anak-anak ini mereka boleh lancar berkata kerana melihat gerak geri dan fahami penggunaan sesuatu ayat itu.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Kita selalu kenali Zarina Anjoulie dengan sikapnya yang berterus terang dan gaya yang bersahaja. Beliau juga punyai seorang anak lelaki hasil dari perkahwinannya yang pertama dulu.

Anak beliau iaitu Gabriel Mateen Ezra atau lebih mesra dipanggil Mateen sering dilihat sebagai seorang anak yang aktif dan lincah. Bukan itu sahaja, Mateen juga pandai menggunakan bahasa Inggeris dengan lancar dan sering berbual dengan ibunya menggunakan bahasa Inggeris.

Ramai juga mempertikaikan Mateen yang seperti kekok berbahasa Melayu. Namun ibunya hanya mengendahkan sahaja apa sahaja yang dikata orang kerana Mateen lebih selesa menggunakan bahasa itu.

Seperti biasa Anju sering mengongsikan aksi ragam anaknya di rumah kediamannya. Baru-baru ini, beliau kongsi video Mateen sedang membelai kucing.

Dilihat di dalam video tersebut, Mateen berkata bahawa kucingnya yang bernama Kittyboo itu suka apabila Mateen menepuk perutnya. Kucing itu juga kelihatan selesa sahaja dengan Mateen.

Menurut Anju, Mateen sangat menyayangi kucing-kucingnya di ruangan kapsyen. Ini sekaligus menampakkan bahawa Mateen bukan sahaja bijak tetapi sangat suka akan haiwan.

Netizen sangat suka mendengar tona suara Mateen apabila bercakap dalam bahasa Inggeris. Ini kerana Mateen bercakap dengan lancar sekali menggunakan bahasa itu. Mungkin juga kerana Mateen sudah biasa bercakap Inggeris di rumahnya.

Kita boleh lihat Anju bukan sahaja mengajarnya bercakap dalam bahasa Inggeris. Malah mengajar Mateen juga erti kasih sayang dan belas kasihan dengan makhluk lain selain manusia.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!