Connect with us

Hiburan

“Dah nmpk cam duri bulu mata tu” – Netizen

Published

on

Add A Subheading 54

Cakaplah pasal apapun tentang figura usahawan sensasi nan seorang ini, pasti auranya akan menarik perhatian ramai netizen. Part yang paling menarik perhatian dan unik sudah semesti wajahnya. Ramai yang tidak menafikan dalam sensasinya Datuk Seri Vida di mana-mana saja medium, beliau sebenarnya turut mempunyai raut muka yang tak kurang menawan dengan gayanya yang tersendiri.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Begitupun, sejak mendapat jawatan Presiden Netizen bagi program Big Stage 2022 ini, makin ‘mengancam’ pula mekap dan gayanya. Dalam kemunculan terbaharunya di program itu, Vida yang memakai pakaian serba merah menyala menarik ramai mata yang melihat.

Dsv

Bukan saja dek busana dan gayanya, tetapi juga kerana mekap dan bulu mata palsunya… Ya…bulu matanya pula yang lebih mendapat ‘tempat’ kerana keadaannya seakan duri. Gamaknya nampak tajam sangat sampai s4kit juga mata netizen dibuatnya.

“Eyelashes macam hantu”, ‘Tolong la buat make up natural je… ni dah serupa badut… dengan bulu mata nya… maaf cakap..”, “Semua cantik…kecuali bulu mata…nampak pelik…maaf ye dato komen mcm tu….”, “Dsv dah cntik tp bulu mata tu spoiled betul”, “Ya allah bulu mataaa”, “Berat mata memandang berat lagi bulu mata memikul”, itu antara komen netizen.

Dsv8

Terdahulu dalam hantarannya, DSV berkongsi tentang orang penting yang mencantikkannya untuk muncul dalam program yang masuk minggu ke-3 itu. Apa pun di sebalik kecaman netizen terhadap bulu mata palsunya, ada juga yang tidak menafikan sebaliknya.

Ada yang suka dek penampilan DSV kali ini tampak berbeza. Ada yang kata beliau kelihatan lebih stail. Tak kurang juga yang mencadangkan agar DSV berpenampilan lebih simple saja yang lebih menyerlahkan penampilannya sesuai usia.

Dsv7

Apa pun, kecantikan ini bukankah sesuatu yang subjektif. Cantik di mata kita, belum tentu cantik juga di mata orang lain. Yang penting biarlah DSV dengan apa jua gaya pilihannya yang mana lazimnya seseorang itu akan berpenampilan sebagaimana mencerminkan dirinya yang sebenar.

Dalam pada itu, ramai juga yang berharap DSV menjalankan tugasnya yang sebenar dalam Big Stage itu dengan tidak memberikan komen langsung dirinya kepada peserta. Yang penting tugas DSV dikatakan hanya perlu membaca komen netizen di Twitter.

WhatsApp Image 2022 02 22 At 14.35.55

DSV juga disarankan hanya menunggu masa sesuai untuk bercakap semasa berlangsungnya program itu dan tidak hanya kelihatan ghairah untuk mempromosikan diri dan produk sendiri. Ada juga netizen berharap peluang lebih diberikan kepada juri untuk bercakap berbanding DSV kerana peserta perluk4n ilmu.

Apapun, selamat maju jaya buat DSV.  Yang pasti tiap kemunculannya di mana-mana program pasti ada yang mencuit hati netizen. Tak kisahlah macam mana pun, janji semua pihak yang terlibat pun sama-sama dapat faedah dengan kemunculannya. Netizen dapat apa?

Dsv6

Sumber : IG DSV

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!