Connect with us

Hiburan

“Amboi pandai pilih tarikh baby”- Netizen

Published

on

Polish 20220222 162640318 Scaled

Mendapat cahaya mata adalah satu anugerah yang dikurniakan Illahi. Sebagai seseorang yang baru menempuh alam keibubapaan ini, sentiasa muhasabah diri dan mengingati diri sendiri bahawa kurniaan Illahi mendapat zuriat ini adalah satu amanah dan perlu dilaksanakan sehingga akhir nafas kita. Sebagai ibu bapa kita perlu meletakkan anak-anak kita sebagai perkara paling utama dalam hidup kita.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Siapa lagi tidak mengenali penyanyi tempatan yang hebat iaitu Kaka Azraff. Beliau yang memiliki suara yang lunak itu juga adalah anak saudara kepada penyanyi rock veteren, Ella. Beliau memulakan karier beliau sejak tahun 2012 dalam sehingga kini masih aktif menjayakan beberapa lagu.

Kaka3

Seperti semua ketahui, Kaka Azraff telah mengahwini seorang ahli perniagaan bernama Adam Azriff pada tahun 2018 dan pada tahun 2019, beliau dan suami telah menimang anak lelaki pertama mereka dan diberi nama Aslan.

Anak mereka, Aslan yang sekarang sudah berusia 3 tahun juga dilihat sebagai anak yang comel dan cerdas. Pada tahun 2021, Kaka Azraff telah disahkan mengandung lagi buat kali kedua.

Kaka1

Menerusi sumber, Kaka Azraff dikatakan sudahpun selamat melahirkan anak keduanya iaitu juga seorang anak lelaki pada puk0l 12:05 tengah malam tadi. Kaka Azraff juga berkongsi berita gembira itu di laman twitternya dan meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga

Didalam laman Twitter beliau, beliau berkongsi bahawa beliau telah secara rasmi menjadi ibu kepada dua orang anak lelaki. Dan sumber juga sempat memuji tarikh kelahiran anak kedua Kaka sangat cantik iaitu 22 februari 2022.

IMG 20220222 213001

Beliau juga berterima kasih kepada suaminya untuk berada sentiasa disampingnya sepanjang melalui proses mengandung dan kelahiran ini. Menurut beliau suaminya itu bukan sahaja pemberi semangat tetapi juga seorang penyokong dan pendamping yang baik untuknya.

Netizen juga sangat teruja akan kelahiran anak lelaki kedua Kaka dan mendoakan beliau cepat sembuh dan selamat berpantang. Ada juga sempat memuji berkata bayi baru Kaka seperti pandai memilih tarikh untuk ‘berjumpa’ dengan ibu dan ayah tercinta.

IMG 20220222 212852

Melalui proses mengandung bukanlah senang apatah lagi proses melahirkan. Semoga Kaka Azraff cepat sembuh dan bayi berada dalam keadaan sihat. Selamat berpantang untuk Kaka Azraff dan dipermudahkan urusan.

sumber : instagram rakita.my

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!