“Dah kahwin lama pun nampak sweet sangat tau”- Netizen

Kehidupan alam rumah tangga adalah sesuatu yang istimewa buat pas4ngan suami isteri. Dalam meniti perjalanan hidup bersama, hubungan suami isteri perlulah dijaga agar terus hidup dan berkembang sepanjang hari walaupun pastinya akan ada gelora yang melanda. Yang penting ada usaha untuk membahagiakan pas4ngan seperti pelakon Aeril Zafrel yang sentiasa berjenaka dengan isteri tercintanya.

Aeril Zafrel sentiasa berkongsi momen indah bersama isteri tercinta iaitu Wawa Zainal menerusi laman media sosial membuatkan ramai netizen kagum melihat kebahagiaan rumah tangga pas4ngan selebriti Malaysia ini.

Meskipun Aeril dan Wawa sudah mempunyai tiga orang cahaya mata, mereka sentiasa kelihatan mesra bersama dan bahagia seperti ‘pengantin baru’. Tidak perlu untuk tunggu hari-hari istimewa, cukuplah untuk pas4ngan suami isteri berusaha untuk meremajakan hubungan mereka supaya kekal hingga ke jannah.

View this post on Instagram

@w4w4_zainal

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

Terbaru, Aeril memuatnaik sebuah video di Instagramnya sehingga menjadi tumpuan ramai. Video tersebut menunjukkan Aeril bergurau senda bersama isteri tercintanya. Wawa yang kelihatan bertelekung itu juga layan sahaja kerenah Aeril yang ingin bergurau dengannya.

Walaupun lawak kedengarannya agak hambar seperti yang diakui oleh Aeril sendiri, namun terserlah usaha yang cuba dilakukan oleh Aeril buat Wawa. Sweet habis pas4ngan sama cantik sama pada ini.

Video Aeril tersebut telah ditonton sehingga 493,000 tontonan dan menerima ribuan komen daripada netizen. Rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi menerusi ruangan komen. Gelagat mereka berdua yang kelihatan mesra juga sentiasa disukai ramai.

Selain itu, banyak mata tertumpu kepada kulit Wawa yang kelihatan cantik dan bersih walaupun tidak mengenakan alat solek. Loghat Sabah yang disebut oleh Wawa pun boleh tahan pekat ya…

“Aeril cakap pun dah bunyi Sabah, serasi sangat both of you”- Netizen

“Bang Aeril Zafrel, lawa bini”- Netizen

Secara umumnya, pas4ngan Aeril dan Wawa berkahwin pada 2013 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Walaupun lawak Aeril hambar, yang penting pandai jaga hati isteri kan.. Sweet jer tengok pas4ngan bahagia ini… Ramai netizen suka tengok Aeril dengan Wawa, sama cantik sama pada. Anak-anak pun semuanya comel.

Sumber: Instagram Aerilzafrel

Artikel ini disediakan oleh world-wide24. Sebarang C0py Paste tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*