“Tak payah berketul otot over sangat tak comel, sederhana better”- Netizen

Setiap orang pasti mahukan tubuh yang cantik dan sihat dan sudah semestinya, pemakanan yang diamalkan perlu dijaga setiap masa. Kebiasaannya apabila bergelar seorang selebriti, tubuh badan antara perkara penting yang perlu dititik berat agar sentiasa tampil menyerlah dan bergaya. Malah, mereka juga perlulah sentiasa berdisiplin dan bertekad untuk melakukan aktiviti senaman sepanjang hari. Bukan senang ya.

Walaupun sudah bergelar seorang bapa, pelakon Saharul Ridzwan antara selebriti yang berdisiplin menjaga tubuh badannya dengan sentiasa melakukan aktiviti senaman di pusat gimnasium. Malah, bapa kepada seorang cahaya mata ini sering berkongsi rutin hariannya di gimnasium menerusi laman instagramnya.

Siapa sangka, rutin harian yang dikongsi Saharul di Instagramnya juga telah menaikkan semangat bagi k4um lelaki di luar sana untuk memiliki badan tegap sepertinya. Yang penting usaha dan sentiasa berdisiplin.

Menerusi posting terbaru, Saharul memuatnaik foto dirinya beserta kapsyen.

‘Dorang makan nasi lemak weh. Rasa dia pedas-pedas manis. Sambal dia padu. Sedap betul rasa nasi lemak tu dari riak wajah dorang. Good morning,” tulisnya.

Daripada kapsyen yang ditulis Saharul, pelakon drama Camelia ini nampkanya sedang mengawal makan memandangkan dia amat mementingkan pemakanannya supaya tubuh sentiasa sihat dan bertenaga.

Netizen juga ada yang meminta Saharul untuk berkongsi cara bagaimana untuk mendapatkan badan tegap seperti yang dimiliki oleh Saharul.

Malah, ada beberapa netizen yang sengaja mengusik Saharul menerusi ruangan komen.

“Baby face sangat muka tu”- Netizen

Walau bagaimanapun, salah seorang netizen ada yang memberi pendapat dengan memberitahu supaya badan tidak perlu terlalu berotot dan lebih baik badan hanya kekal sederhana.

Tak kisah lah bagaimana bentuk badan kita sekali pun, yang penting pemakanan kita sentiasa kena jaga. Kan? Janji sihat dan bertenaga macam Saharul Ridzwan.

Dalam pada itu, Saharul yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata ini juga bakal menerima cahaya mata kedua tidak lama lagi. Semoga urusan Saharul dan keluarga dipermudahkan. Tak sabar nak tengok baby baru Saharul dan isteri..

Sumber: Instagram Saharulridzwan

Artikel ini disediakan oleh world-wide24. Sebarang C0py Paste tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*