Hiburan
“Comelnya penjual durian, Alhamdulillah tak s0mbong walau kaya raya”- Netizen
Setiap ibu bapa pastinya mengimpikan untuk mempunyai anak-anak yang soleh dan solehah serta mampu berbakti kepada keluarga mahupun masyarakat. Buat pasangan usahawan Dato Aliff Syukri dan Datin Shahida, mereka berdua bertuah kerana dikurniakan 5 orang cahaya mata. Buat yang mengikuti pekembangan pasangan suami isteri ini sekeluarga, tentu mengenali anak kedua mereka iaitu Qadejah yang mesra dengan panggilan Cess.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Anak sulung dan kedua pasangan ini iaitu Ammar dan Qadejah telahpun menginjak keusia remaja dan semakin boleh di harap. Tambahan pula Dato Aliff dan Datin Shahida telah mendedahkan anak-anak mereka mengenai dunia perniagaan sejak dari kecil lagi.
Dato Aliff dan Datin Shahida sangat aktif di media sosial masing- masing untuk mempromosikan pproduk- produk perniagaan mereka.
Kini anak- anak yang juga sudah meningkat remaja semakin tahu erti tanggungjawab dan mengikuti jejak langkah kedua ibu bapa dengan turut membuat promosi resort serta tudung di media sosial masing- masing.
Menerusi satu perkongsian terbaru di media sosial Datin Shahida, satu video yang memaparkan anak perempuan beliau iaitu Qadejah yang sedang membantunya menjual buah durian di pesta makanan di Bukit Jalil di kongsikan buat tatapan para pengikut di akaun instagramnya.
Tulis Datin Shahida di ruangan kapsyen lagi, beliau sudah nampak penyambung warisan perniagaan beliau dan dapat membayangkan dirinya sudah boleh berehat apabila melihat cara anak perempuannya itu mempromosikan durian.
Datin Shahida juga bersyukur dengan sambutan yang menggalakkan di pesta makanan berkenaan dan menyeru orang ramai yang mempunyai kesempatan untuk datang ke booth durian mereka iaitu Durian Terlajak Laris. Dedah Datin Shahida lagi, durian berkenaan di kutip daripada kebun durian Dato Aliff Syukri sendiri.
Menjengah ke ruangan komen, rata- rata netizen berkata Qadejah mewarisi kemahiran berniaga daripada ibu dan bapanya. Qadejah juga petah bercakap untuk mempromosikan durian di gerai jualan berkenaan.
Netizen memuji cara penyampaian Cess yang sangat pandai menjaga adab, matang dan professional berniaga walaupun usianya masih muda.
Netizen juga berkata mereka sangat suka melihat raut wajah Qadejah yang lemah lembut dan sangat sopan apabila bercakap. Berikut di kongsikan komen komen yang di tulis oleh netizen.
Menurut netizen, mereka merasakan Cess mempunyai aura tersendiri yang membuatkan orang ramai mahu melihat dirinya.
Malahan ada yang mengatakan Cess seiras pelakon Ummi Nazeera. Selamat maju jaya Cess, sejuk mata melihat Cess sekarang yang pandai menjaga penampilan dan sangat matang.
sumber: ig shahidadherbs
-
Hiburan3 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan4 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum4 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan4 months ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen