Connect with us

Hiburan

“My handsome husband, tapi gambar last tu kenapa sayang” – Isteri MK

Published

on

Sekitar bulan Jun yang lalu salah seorang anggota kumpulan K-Clique, iaitu MK telah sah bergelar suami kepada gadis pilihan hatinya iaitu Siti Hajaar Syeikh Nordin. MK atau nama sebenar beliau Muhammad Hairi Amin Hamdan merahsiakan hubungan mereka selama empat tahun lamanya sebelum bergelar pasangan suami isteri.

Sebagai info, Siti Hajaar Syeikh Nordin merupakan anak tiri kepada pelakon Datin Seri Noniswara. Pelakon berkenaan mendirikan rumahtangga dengan bapa Siti Hajaar iaitu Datuk Seri Dr Syeikh Nordin Sheikh Ahmad.

Datin Noniswara juga turut merakamkan ucapan tahniah kepada suaminya itu menerusi satu perkongsian di Instagram story kerana telah menerima menantu.

Setelah berkahwin, gelagat pasangan suami isteri ini sering menjadi perhatian para netizen. Memandangkan Siti Hajaar merupakan seorang yang senang terhibur, menjadikan MK sering menyakat dan bergurau senda bersama isterinya itu.

Baru- baru ini MK di lihat mengenakan abaya milik isterinya sambil membuat pertunjukan fesyen dengan memperagakan abaya tersebut. Tindakan bersahaja daripada MK membuatkan isterinya tertawa dengan gelagatnya.

Gelagat MK berkenaan turut membuatkan netizen terhibur apabila Hajaar memuatnaik video pertunjukkan fesyen oleh suaminya itu di media sosial. Netizen juga suka melihat hubungan pasangan suami isteri itu bergurau senda antara satu sama lain.

Menerusi satu perkongsian terbaru di Instagram MK, beberapa gambar beliau bersama isterinya di muatnaik untuk tatapan para peminat. Di dalam beberapa keping gambar yang di kongsikan itu, suami isteri itu memakai pakaian sedondon serba hitam.

Tulis MK di ruangan kapsyen, pakaian beliau itu di gayakan oleh Abu Shaef Hamza. Sekadar info, penata gaya berkenaan baru-baru ini mengadakan pertunjukan fesyen koleksinya yang turut di hadiri oleh MK dan isteri.

Menjengah ke ruangan komen, rata- rata netizen berkata sekarang mereka lebih suka melihat wajah Siti Hajaar berbanding MK. Netizen berkata sekiranya Hajaar berada bersama MK di dalam satu gambar, gambar tersebut pastinya akan lebih menyerlah.

Selain memiliki wajah yang jelita, sikap lemah lembut dan sopan Siti Hajaar menarik minat netizen untuk mengikuti perkembangan isteri MK itu dengan lebih dekat. Isteri MK itu juga menjadi inspirasi kepada para wanita pada masa kini. Berikut di kongsikan komen komen netizen.

Di dalam perkongsian yang sama MK di lihat masih mengenakan rantai sebagai pelengkap gaya. Di ruangan komen, netizen menasihati penyanyi berkenaan supaya cuba untuk istiqomah meningg4lkan rantai leher dalam berfesyen memandangkan rantai tidak sesuai untuk di pakai oleh lelaki sebagai perhiasan.

Sumber: ig hairiwhuut

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!