Connect with us

Hiburan

“Cantiknya Ira Kazar bak bidadari syurga bila berpenampilan sopan camni” – Dato Aliff Syukri

Published

on

World Wide24.com 99ea99ead6bf69397b7fef88f73f6632

Ibarat terlajak perahu boleh di undur namun terlajak muatnaik hantaran beroleh kecaman. Itu lah yang terjadi kepada usahawan sensasi Dato Aliff Syukri yang teruk menerima kecaman daripada para netizen dalam beberapa hari ini. Semuanya di sebabkan pemilihan anak kepada pelakon Kazar Saisi iaitu Ira Kazar sebagai model tudung keluaran syarikatnya.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Sebagai seorang usahawan, Dato Aliff sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan memuatnaik konten media sosial yang menarik untuk mendapatkan perhatian daripada para netizen.

World Wide24.com 07c7a909197102ecc04da2c912c67830

Bagi memastikan produk keluaran syarikat beliau di hebahkan kepada para pengguna, Dato Aliff turut menggunakan media sosial beliau sebagai salah satu kaedah pemasaran.

Bagaimanapun percaturan pemasaran Dato Aliff Syukri kali ini mungkin boleh di katakan kurang berhasil di sebabkan pemilihan model yang kurang tepat.

World Wide24.com Da70c5c7a6eca3dbbfca7acf0809fc64

Menerusi perkongsian terkini di Instagram Dato Aliff Syukri, satu video promosi produk yang terbaru telah di kongsikan oleh usahawan terkenal berkenaan.

Di dalam video promosi itu, Dato Aliff Syukri mengambil isteri pengarah terkenal Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar untuk menjayakan video tersebut bersama anak perempuannya Qadejah.

Dato Aliff Syukri mempromosikan produk pencerah kulit manakala Ira Kazar dan Qadejah pula mempromosikan tudung terbaru keluaran syarikat Dato Aliff.

Namun begitu pemilihan Ira Kazar sebagai model tudung dan juga tulisan Dato Aliff di ruangan kapsyen video tersebut yang memuji kecantikan Ira Kazar telah mengundang k3caman netizen terhadap dirinya.

Menerusi ruangan komen, para netizen meng3cam pemilihan Ira Kazar sebagai model tudung berkenaan kerana nama Ira Kazar pernah tular sebelum ini menjadi penyebab ker3takan rumah tangga Syamsul Yusof dan bekas isterinya Puteri Sarah Liyana.

World Wide24.com 7fa38ce87029d8d1f08e523656575ace

Sebagai rekod, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana telahpun mengambil kepuutusan untuk membawa haluan masing masing setelah sah berc3rai pada 14 Jun yang lalu.

Netizen beranggapan srtategi pemasaran tudung terbaru keluaran syarikat Dato Aliff dengan memilih Ira Kazar sebagai model adalah teknik murahan.

Malahan teknik tersebut juga merupakan tindakan yang merugikan memandangkan ianya tidak mampu meraih pembeli ekoran kontroversi Ira Kazar sebelum ini.

Ada segelintir netizen yang juga bertindak mahu memboikot produk produk keluaran syarikat Dato Aliff kerana telah menunjukkan sokongan terhadap Ira Kazar.

World Wide24.com 4ec8bbc76a36855d197f4e3689a905ad

Perkongsian video berkenaan telah meraih sebanyak 14,370 tanda suka dan hampir 2833 komen daripada para netizen yang kurang berpuas hati dengan video promosi tudung itu.

Netizen juga tidak mahu bertolak ansur di sebabkan tindakan Dato Aliff yang di lihat menyokong seseorang yang telah menjadi peruntuh rumah tangga. Berikut di kongsikan komen komen netizen.

World Wide24.com 4a9fca0fa4e604127d6bee6b73f72d8e

Terdahulu, Ira Kazar telah sah bergelar isteri kepada pengarah tersohor Syamsul Yusof pada 5 Januari lalu selepas pengarah filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan itu berkongsi sendiri berita berkenaan menerusi satu hantaran video di Instagram.

Susulan itu, Puteri SarahLiyana yang merupakan seorang pelakon dan model yang ketika itu masih menjadi isteri pertama Syamsul Yusof telah bertindak untuk memfailkan penceraian.

Sumber: ig aliffsyukriterlajaklaris

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!