Connect with us

Hiburan

“Cantiknya bilik Afwa, lagi cantik dari bilik kita yg marhaen ni”- Netizen

Published

on

World Wide24.com Ecd6c1c327decee8ff8ebeec62c587d6

Dato Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra di sapa sebagai Tokti merupakan seorang penyanyi dan usahawan terkenal di Malaysia. Keharmonian rumahtangga Tokti dan Datuk K juga sering menjadi inspirasi para peminat.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Tidak hairanlah perkahwinan Datuk K dan Tokti masih lagi terus bertahan sehingga ke hari ini. Malahan kehidupan bahagia pasangan berkenaan juga cukup menggembirakan para peminat yang sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka selama ini.

Siapa sangka, Tokti yang dahulunya di uji dengan dugaan lambat memperolehi zuriat kini sudah mempunyai dua orang anak. Malahan anak sulungnya Siti Aafiyah juga sudah menginjak usia lima tahun.

World Wide24.com 9ecb03161f110a2311a73ed4de2699a9

Manakala anak kedua Dato’ Siti Nurhaliza, Muhammad Afwa yang kini berusia hampir dua tahun pula dilihat semakin aktif dan lasak.

Anak lelaki sememangnya anak yang cukup lasak. Apa lagi dikala usianya yang sedang membesar iaitu ketika awal usia dua tahun.

World Wide24.com 32cb8179b018f5715db07e7d54166420

Menerusi perkongsian terbaru Tokti di Instagram, penyanyi kesayangan ramai itu berkongsi satu video yang memaparkan bilik anak lelakinya yang baru sahaja di ubah suai.

Menurut Tokti, hiasan dan dekorasi bilik anak lelakinya Muhammad Afwa itu telah mendapat hasil sentuhan Lentera Creative Home bersesuaian dengan keinginan beliau dan suami.

Berkongsikan hasil akhir bilik Afwa itu di Instagram, Tokti berkata, beliau merasa teruja dan gembira dengan sentuhan moden yang di hasilkan oleh Lentera Creative untuk bilik anaknya itu.

Mengintai keruangan komen, video yang dikongsikan semula oleh Tokti itu mendapat pelbagai reaksi daripada Netizen. Netizen juga turut kagum dengan hasil hiasan yang di hasilkan untuk bilik anak teruna Tokti itu.

World Wide24.com 315f49daa12485b7dcbd086d2f7a03ca

Netizen yang nyata teruja dengan dekorasi bilik kanak kanak itu berkata dekorasi untuk bilik Afwa di ibaratkan sebagai redup mata memandang.

Malahan netizen juga mengusik Tokti dengan berkata berkemungkinan besar Tokti yang akan ‘check in’ bilik Afwa berkenaan.

Netizen turut geram melihat aksi comel Aafiyah dan Afwa yang bermain di atas katil ketika melihat bilik tersebut. Berikut di kongsikan komen komen yang di tulis oleh netizen.

World Wide24.com 888f9494b6eac504ee1b203761a8b22f

Anak anak yang makin lasak bermain adakalanya berada di dalam dunianya sendiri dan memerluk4n bilik sendiri begitu juga dengan anak kedua Tokti ini.

Ada masanya, pasti ada sahaja keletah comel Afwa disamping ibu dan kakaknya yang bermain dengan cukup aktif di kongsikan oleh Tokti yang membuatkan para peminat merasa geram dengan kecomelan Afwa.

World Wide24.com 5d9d82f64ad4f00aa3e0a249d53b6b24

Terdahulu, anak kedua Tokti iaitu Muhammad Afwa Khalid di lahirkan pada 19 April 2021 di sebuah Pusat Perubatan di Selangor. Tokti dan suami turut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Siti Aafiyah Khalid.

Sumber: ig ctdk

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!