Connect with us

Hiburan

“Merempit pun kelass, mantap Che Ta”- Netizen

Published

on

World Wide24.com 0c6207c876f77cb3da0e992189493f7f

Rozita Abu Bak4r atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan ialah seorang pelakon dan usahawan yang terkenal di Malaysia. Beliau cukup terkenal dengan siri komedi Kiah Pekasam yang berjaya meletakkannya sebagai salah seorang pelakon komedi wanita yang cukup digemari. Rozita mula menempa nama pada tahun 2006 apabila membintangi siri komedi Diari Ramadhan Rafique.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Rozita Che Wan atau lebih mesra di panggil Che Ta ini sememangnya seorang wanita yang handal melaram malah sentiasa tampil glamor dari hujung kaki sehingga hujung kepala. Walaupun sudah mencecah usia 50an, Rozita Che Wan sentiasa cantik dan bergaya persis anak dara.

World Wide24.com 8364b75c532df3edf02fed2685b38350

Pelakon wanita jelita yang pernah menjadi teraju utama drama Dia Isteriku ini mendirikan rumah tangga bersama pelakon sitkom Oh My English iaitu Zain Saidin pada Disember 2013 dan di kurniakan seorang anak perempuan bernama Aaisyah Dhia Rana.

Che Ta juga sebelum ini juga pernah mendirikan rumahtangga dan mendedahkan pernah berkahwin selama 10 tahun sebelum berpisah dengan bekas suaminya. Hasil perkahwinan terdahulu, beliau mempunyai dua orang cahaya mata lelaki.

World Wide24.com 95b894ee28dfc77cc6c1afa19043dea5

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram Che Ta, pelakon jelita tersebut berkongsi satu video terbaru yang mempromosikan produk minyak wangi jenamanya sendirinya iaitu perfume gorgeous edisi travel.

Tulis Che Ta lagi di ruangan kapsyen, minyak wangi berkenaan hanya berharga lima belas ringgit sahaja.

Menariknya untuk promosi jualan minyak wangi yang di lakonkan oleh Che Ta itu, beliau menaiki motosikal sendiri semasa melakonkan babak beliau memakai minyak wangi tersebut sebelum di tahan oleh seorang lelaki yang bertanyakan mengenai wangian yang di pakai olehnya.

Meninjau keruangan komen, selain beberapa komen yang berminat untuk membeli produk wangian yang di promosikan oleh Che Ta, netizen juga meluahkan rasa tidak percaya apabila melihat Che Ta sendiri yang membawa motosikal berkenaan.

World Wide24.com Dea21569c6b3cbc1103bef54b27068e7

Apatah lagi Che Ta selama ini membawa imej seorang wanita yang cukup gemar melaram dan mementingkan kecantikkan. Sudah pasti ramai yang tidak percaya apabila Che Ta menunjukkan kehandalan beliau membawa motosikal berkenaan.

Rata rata netizen juga berkongsi pendapat yang sama dengan mengatakan pelakon Kiah Pekasam berkenaan mempunyai wajah yang jelita namun tidak kurang lasaknya apabila membawa motosikal yang mempunyai ‘clutch’. Berikut di kongsikan komen netizen.

World Wide24.com A5d938f7301e5d1365f27ed5f94b8f9d

Jika sebelum ini, mungkin ramai yang beranggapan wanita jelita dan mewah seperti Che Ta mungkin tidak mampu membawa motosikalnamun sangkaan tersebut kini benar benar meleset.

Tak sangka wanita jelita dan lembut seperti Che Ta menunjukkan kemampuan beliau membawa motosikal yang mempunyai clutch. Jangan pandang rendah pada wanita yang mempunyai anak tiga ini ya.

Sumber: Instagram rozitachewan1

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!