Hiburan
“Cantik Watie, men0njol sgt pakai putih”- Netizen
Baru- baru ini pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu akhirnya mengumumkan bahawa beliau bakal mendirikan rumah tangga buat kali kedua pada bulan Jun hadapan bersama wanita yang sekian lama sudah di gossipkan mempunyai hubungan dengan beliau iaitu usahawan Watie Hanifiah. Pengumuman pelawak berkenaan sekaligus telah menamatkan teka teki hubungannya bersama Watie Hanifiah selama ini.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Walaupun sudah memaklumkan bulan pernikahan namun Shuib masih merahsiakan tarikh sebenar pernikahannya bersama Watie.
Menurut Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, persiapan perkahwinannya bersama usahawan jelita berkenaan kini sudahpun mencecah sebanyak 30 peratus.
Persiapan dari segi dewan juga sudah dilakukan. Shuib berkata beliau merancang untuk mengadakan majlis pernikahan dan persandingan.
Namun begitu, masih ada lagi beberapa persiapan yang perlu di lakukan contohnya dari segi busana perkahwinan yang masih belum di tentukan lagi. Kongsi Shuib, dirinnya tidak mahu majlis pernikahan yang terlalu meriah mahupun terlalu kecil-kecilan kerana memikirkan ahli keluarga.
Tambahan pula, perkahwinan berkenaan merupakan perkahwinan kali pertama Watie, jadi sudah tentu keluarga juga mahu majlis yang meriah untuk meraikan pasangan ini.
Di tanya mengenai perasaan anak- anak, Shuib berkata anak-anaknya sangat selesa bersama Watie dan keluarga pun turut selesa. Shuib juga menyifatkan perkara tersebut merupakan salah satu anugerah buatnya.
Shuib mengakui dengan adanya Watie, beliau kini mempunyai sistem sokongan yang baik, namun menegaskan 4rwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin tetap tiada galang gantinya. Cuma apabila melihat wajah anak- anak, Shuib merasakan perlu untuk seseorang berada bersamanya untuk mencurahkan kasih sayang bersama anak- anak.
Sudah lumrah pasangan yang sedang hangat bercinta, sekiranya mengintai ke ruangan Instagram Watie, pasti Shuib akan meningg4lkan komen, emoji mahupun tanda suka pada muatnaik hantaran yang di kongsikan oleh Watie.
Terbaru, Watie berkongsi satu hantaran video berdurasi beberapa saat yang memaparkan dirinya memakai baju serba putih menghadiri satu majlis. Tidak mahu terlepas momen tersebut, Shuib kemudiannya bertindak meningg4lkan komen di hantaran bakal isterinya itu.
Tulis Shuib, adakah bakal isterinya itu berpakaian serba putih berjalan di majlis berkenaan kerana mahu mengambil ‘feel’ terlebih dahulu sebelum melalui pengalaman berkenaan pada majlis pernikahan mereka pada bulan Jun nanti.
Komen Shuib berkenaan ternyata menarik perhatian netizen. Seperti yang sudah Shuib umumkan sebelum ini bahawa beliau bakal menikahi Watie pada bulan Jun, netizen mendoakan agar urusan pasangan dua sejoli ini di permudahkan.
Namun begitu, masih ada segelintir netizen yang kurang senang dengan kebahagiaan yang sedang di kecapi oleh penyampai radio Suria FM ini dan menasihati Shuib supaya menghormmti bekas isteri dan tidak terlalu menonjol untuk berkongsi hubungan serta kebahagiaan beliau bersama Watie. Berikut di kongsikan komen – komen netizen.
Terdahulu, Shuib kehilangan 4rwah isterinya iaitu penyanyi Siti Sarah yang meningg4l dunia akibat di jangkiti viruus COVID-19 pada 9 Ogos 2021. Hasil perkongsian hidup berdua pasangan berkenaan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq M4tin dan Ayash Affan yang kini baru sahaja berusia setahun lima bulan.
Sumber: Instagram iamwatie
Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu . Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan
-
Hiburan3 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan4 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum4 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan4 months ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen