Connect with us

Hiburan

“Nora Danish menjaga exclusivity diri, byk tolak job. Plan buka production house sendiri”

Published

on

World Wide24.com E6c79ad5366a91acca6667b91519fc62 Scaled

Nora binti Mohd Danish Hanif atau lebih dikenali sebagai Nora Danish merupakan seorang pelakon wanita di Malaysia. Beliau terkenal dengan memegang watak utama sebagai Puteri dalam siri komedi Puteri. Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Toh Muda Rizal Ashram Ramli pada 20 Jun 2006 dan berc3rai pada awal Julai 2008.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Hasil perkongsian hidup mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Rayqal.  Nora kemudiannya berkahwin buat kali kedua dengan ahli perniagaan Nedim Nazri pada 30 Mac 2017. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 21 Februari 2018 iaitu Mohamed Neqayl yang kini berusia enam tahun.

World Wide24.com A5bee71c5191aa0a029c685ceeaa1909

Selepas melahirkan anak bongsu pada 2018 pelakon ini memilih untuk memperlahankan kerjaya seninya disebabkan mahu memberi fokus kepada anak dan keluarga sehingga dia terpaksa menolak banyak tawaran berlakon yang diberikan.

Menurut Nora lagi, beliau juga lebih selesa untuk memberikan lebih masa kepada keluarga dan anak-anak, terutamanya anak bongsu beliau memandangkan Neyqayl sangat rapat dengannya. Beliau juga tidak risau jika tidak menerima tawaran berlakon disebabkan terpaksa menjadi seseorang yang sangat memilih dengan situasi ketika ini.

World Wide24.com 847836822af34e67fcac213275996c96

Kehidupan peribadi Nora Danish dan suaminya Mohamed Nedim Nazri atau Nedim ini sentiasa meraih perhatian umum. Bersempena bulan Ramadhan, baru-baru ini Nora Danish telah memuat naik beberapa keping gambar dan video di instagram miliknya.

Perkongsian di Instagram Nora itu memaparkan beliau berkongsikan gambar dirinya yang memakai tudung serta bertutup dengan sempurna bersama suami dan anak untuk menghadiri suatu majlis.

World Wide24.com A690341d1941925ab4684b7b0b205672

Gambar berkenaan mengundang pelbagai reaksi dari peminatnya. Kebanyakkannya mendoakan supaya Nora kekal istiqamah dalam bertutup aurat dengan sempurna bukan dalam bulan Ramadhan sahaja tetapi pada setiap masa.

Menerusi satu perkongsian di Instagram Official Hlive, wartawan cuba mendapatkan Nora untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai diri beliau.

Kongsi Nora, beliau kini plan untuk memiliki produksi lakonan sendiri. Dengan adanya rumah produksi sendiri, beliau boleh merealisasikan watak-watak berat atau mungkin watak yang masih belum pernah di bawa di dalam mana-mana drama beliau sebelum ini.

Nora juga teruja berkongsi mengenai pemilihan pelakon yang di mahukan beliau di dalam produksinya dan juga jalan cerita yang bagaimana beliau sendiri inginkan. Menurut Nora, nama produksinya ialah ND Production dan bermula sejak Disember tahun lalu.

World Wide24.com E5eec10721d79df8cbdc6bcd300b0e03

Beliau juga sudah menceburi bidang lakonan selama 20 tahun, jadi baginya agak sukar untuk dirinya meningg4lkan sesuatu yang paling di minati. Dengan tertubuhnya produksi berkenaan, beliau masih boleh aktif dalam bidang seni dan teruskan berkarya.

Mengintai ke ruangan komen, rata- rata netizen menyokong kepuutusan Nora yang memberikan fokus terhadap keluarga dan mengutamakan keluarganya berbanding kerjaya. Ada juga yang berpendapat bahawa suami Nora juga mampu menyara beliau dan Nora tidak perlu memikirkan lagi mengenai bidang lakonan. Berikut di kongsikan komen netizen.

World Wide24.com E8f73049cca2543370c6a7408a7de461

Sebelum ini, Nota terikat dengan rumah produksi yang lain, jadi berkemungkinan besar agak sukar bagi dirinya untuk memilih karya yang beliau inginkan. Jadi mempunyai rumah produksi sendiri adalah pilihan yang tepat untuk dirinya meneruskan minat beliau dalam bidang seni. Ramai yang tak sabar menunggu filem polis evo lakonannya bersama pelakon hebat yang lain bakal di tayangkan nanti.

Sumber: Instagram official hlive

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu . Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!