Connect with us

Hiburan

“Bila nak jumpa awek baba yang betul2 ni” – Jebat Jayden

Published

on

World Wide24.com F59767332b089caa309dbcf4b905edf1

Sharnaaz Ahmad merupakan seorang pelakon lelaki di Malaysia. Beliau mula di kenali menerusi drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta dan membawa watak sebagai Jebat bergandingan bersama Nelydia Senrose. Menyingkap kisah peribadi pelakon ini, sejak berpisah dengan isterinya Noor Nabila sekitar Julai 2020, beliau sering di gossipkan dengan beberapa pelakon wanita seperti Azira Shafinaz dan juga Shila Hamzah.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Malahan ada segelintir netizen yang mahukan pelakon yang mesra di panggil Mamu itu bersatu kembali dengan bekas isterinya Noor Nabila. Namun begitu, memandangkan Noor Nabila kini berstatus isteri kepada Engku Emran, Sharnaaz menasihati netizen supaya tidak menulis komen yang bukan bukan dan menjaga sensitivity keluarga bekas isterinya itu.

World Wide24.com 45bb21fff2fc7f5ac3bd7e267ad1feb7

Bagaimanapun baru baru ini Mamu mendedahkan bahawa beliau kini sedang mengenali seseorang namun malu untuk bercerita mengenai wanita tersebut. Menurut Sharnaaz, selain faktor usia yang semakin meningkat, beliau juga bimbang untuk terlalu bercerita kisah peribadi kerana tidak mahu kisah cintanya berakhir seperti sebelum ini.

Pengalaman percintaan beliau yang lalu tidak berakhir dengan baik membuatkan dirinya gusar bercerita secara terbuka. Namun begitu, Sharnaaz berkata apabila hubungan berkenaan sudah benar benar sah, baharulah beliau akan kongsikan.

World Wide24.com A5a523cf71cbe73d00a1a392db358a29

Baru- baru ini Sharnaaz menjadi sorotan media apabila hadir Malam Gala Filem Polis Evo bersama seorang wanita jelita. Sebelum ini, Sharnaaz Ahmad sering kali didesak oleh netizen untuk mengetahui status sebenar dirinya ketika ini setelah beberapa kali dirinya di lihat rapat bersama seorang wanita jelita.

Kehadiran Sharnaaz ke malam gala filem polis evo bersama wanita jelita tersebut seolah oleh telah menjawab persoalan netizen dan mendedahkan status dirinya sekaligus identiti wanita yang kini sedang rapat dengan beliau. Difahamkan, wanita yang bernama Amelia Christie itu merupakan seorang pelakon baru yang berada di bawah satu pengurusan dengan Sharnaaz.

World Wide24.com Cb76c22b8b0e76df6a090d5cad5cabb4

Baru baru ini perkongsian hantaran di Instagram Sharnaaz Ahmad telah mendapat perhatian meluas netizen apabila pelakon berkenaan memuatnaik sekeping gambar yang memaparkan dirinya dan anak lelakinya Jebat Jayden dalam persalinan warna biru muda bersama seorang wanita bersanding di atas pelamin.

Lebih mengejutkan apabila Sharnaaz memadamkan hantaran berkenaan sebaik sahaja di kongsikan. Tindakan Sharnaaz berkenaan menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen dan rakan artis.

World Wide24.com 8b861fa3645e7bb811796f7dc9a0be86

Wajah wanita yang duduk di pelaminan bersama beliau di tutup namun kapsyen di hantaran berkenaan menjadi sensasi netizen apabila Sharnaaz mengatakan bahawa dirinya bukan lagi seorang duda.

Menerusi perkongsian terbaru di media sosial Inayah Beauty, satu video sekitar majlis pertunangan telah di kongsikan. Di dalam video tersebut, Sharnaaz dan anaknya Jebat tampil untuk mempromosikan produk keluaran Inayah Beauty.

@inayahbeautytrading

Hampir patah hati💔 Terima kasih Sharnaaz Ahmad dan Jebat Jayden! Semoga berbahagia selalu ☺️ #sharnaazahmad #jebatjayden #fyp #berryfull #fypシ #fypage #fypシ゚viral #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #fypp #fypdongggggggg #fypgakni #fypdong #fypgakni #fypindo #tiktokindo #indo #tiktoksukma #sembangentertainment #foryoupage #foryoupageofficiall #shouldbeme #tiktokavatar #Makanlokal #10Bersama #makeup #beauty #polisevo3 #sharnaaztunang

♬ Cidro Vs Kluthuk – Waru Leaf

Sementara itu, di hantaran terbaru instagram Sharnaaz pula pelakon berkenaan tidak lagi berselindung dengan para peminat dan rakan artis apabila beliau kemudiannya menjelaskan bahawa gambar yang di kongsikan sebelum ini hanyalah gimik untuk mempromosikan produk berkenaan.

Sharnaaz juga menafikan bahawa dirinya sudah mengikat tali pertunangan dengan Amelia Christie di sebabkan salah faham peminat terhadap gambar berkenaan.

World Wide24.com 3ec5b623cb6b69a3970334a4a6cd67ae

Menjengah keruangan komen, rata rata netizen juga berasa lega dengan berita tersebut kerana pelakon idaman mereka masih belum mengikat tali pertunangan seperti yang di hebohkan sebelum ini.

Namun begitu gelagat Jebat dalam video yang di kongsikan di media sosial Inayah Beauty itu mencuri tumpuan netizen yang terhibur apabila Jebat mahu berjumpa dengan wanita yang sedang menjalin hubungan bersama bapanya. Berikut di kongsikan komen netizen.

World Wide24.com 056c5cbafc65ab3804c330df193c401f

Kongsi Sharnaaz lagi, foto yang dikongsi beliau sebelum ini tidak menampakkan langsung wajah wanita yang disandingkan bersamanya namun segelintir pihak memandai-mandai membuat spekulasi sendiri dengan mengaitkan nama Amelia Christie sebagai tunangannya.

Terdahulu, Sharnaaz dikaitkan sedang menjalin hubungan cinta bersama Amelia Christie dan mengakui sedang berkenalan rapat.

Sumber: tiktok inayah beauty

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!