Connect with us

Umum

“Baru keluar h0spital kan, berpantang sikit makan tu” – Netizen

Published

on

Erinsakura 3d03d60caf7c4c6cae12cb23f9da5382

Memang sudah menjadi adat Melayu untuk perempuan yang mengandung untuk berpantang selama 44 hari. Bukan itu sahaja, ibu-ibu yang keguguran juga diharuskan berpantang juga, cuma terdapat perbezaan dari segi tempohnya lain dari pantang bersalin iaitu tempohnya adalah sekurang-kurangnya 14 hari selepas keguguran. Cara dan tujuan berpantang selepas keguguran adalah sama seperti berpantang bersalin iaitu ia adalah untuk memperkuatkan emosi, menguatkan rahim lemah dan pelbagai lagi.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Makanya, berpantang itu amat penting supaya kita sebagai ibu dapat pulih mentap dan fizikal sebelum meneruskan rutin harian seperti biasa. Begitu jugalah untuk isteri Dato’ Fizz Fairuz, Datin Almy Nadia yang telah mengalami keguguran pada kandungannya yang berusia 6 minggu.

Erinsakura 713573cc6f66ada48d10f8cf59358369

Walaupun beliau telah mengalami keguguran, beliau dilihat sebagai seorang ibu yang kuat dalam menangani emosi selepas keguguran. Beliau walaupun masih dalam tempoh berpantang, beliau masih mengambil upah ‘review’ pada sesiapa yang ingin beliau mempromosikan produk mereka.

Dilihat didalam video tersebut, Datin Almy sedang memberi ‘review’nya tentang sebuah produk manisan berasaskan coklat dalam laman instagramnya dan beliau dilihat sudah sihat seperti sedia kala.

Namun, netizen merasakan beliau harus menjaga makan beliau kerana beliau dikatakan masih didalam tempoh berpantang selepas keguguran lagi.

Erinsakura 410d23d10732d303d4e4784743ee017f

Namun walaupun begitu, terdapat netizen yang tidak merasakan pantang itu suatu perkara yang besar dan rasa ‘terliur’ melihat Datin Almy menjamu manisan tersebut.

Erinsakura Db724c9fd8361f0f5e41baecace49c7e

Netizen sebenarnya berasa risau dengan keadaan Datin Almy dan hanya meminta beliau berjaga-jaga dengan kesihatan beliau kerana berpantang itu sudah menjadi adat dalam menjaga kesihatan setiap ibu-ibu yang melahirkan atau yang keguguran.

sumber : ig almynadiaofficial

Artikel ini disediakan oleh Cite Syok. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!