Connect with us

Hiburan

“Bagus Watie ni humble je, tak mintak sponsor pun” – Netizen

Published

on

Seronoknya melihat percutian Watie dan Shuib bersama dengan anak-anak Shuib. Ramai yang menyangka bahawa percutian mereka adalah dengan dapat ditaja oleh pihak resort percutian namun sebenarnya adalah ia tidak terjadi.

Watie sangat humble dan tidak mengambil kesempatan untuk meminta ditaja apatah lagi meminta diskaun daripada pihak resort sebaliknya sangat mudah berurusan dengan Watie sendiri.

Percutian mereka ke Sabah, memberikan inspirasi ramai orang, yang juga ramai mahu ke Sabah melihat pelbagai tempat menarik. Bukan itu sahaja boleh juga mengeratkan silaturahim sesama ahli keluarga.

Akrabnya hubungan Watie dan anak-anak Shuib malah sehingga ke hari ini ramai yang sudah boleh menerima kehadiran Watie didalam keluarga Shuib sebagai penganti ibunya namun bukanlah tidak mengingatkan akan arw4h Sarah.

Selepas ramai yang mengatakan bahawa Watie di sponsor oleh pihak resort, kerana itulah pihak resort dan hotel bernama Dayang Resort Semporna memuatnaik bahan bukti yang mana Watie tidak di sponsor dan juga tidak susah untuk bekerjasama dengannya.

Lihatlah perkongsian perkongsian bahan bukti, dan kegembiraan yang jelas terbukti di wajah Watie. Bukan itu shajaa malah beliau juga seorang yang tidak berkira dan tidak membuatkan rasa tidak selesa pada empunya resort.

Malah lihatlah senang berurusan dengan Watie tanpa perlu beliau meminta diskaun pun.

@dayangresort

Replying to @salmeesuhana8 Tak semua artis nak sponsor 🥰🥰 Mereka sangat humble dan tak minta apa2 diskaun pun 🙏🏻✨ #shuib

♬ Lily – Alan Walker & K-391 & Emelie Hollow

Percutian ini membuka. ramai mata netizen yang sebelum ini memandang serong terhadap Watie, dan ramai yang mengatakan bahawa Watie memang tepat menjadi pilihan Shuib, dek kerana inilah. Beliau telah menerima anak-anak Shuib dengan ikhlas.

@dayangresort

Korang nak stay kat bilik macam ni ke? Ni bilik Modern White Room yg @shuibsepahtu @iamwatie duduk hari tu 😍 Setiap bilik kami, ada dua katil queen bed dan private balkoni yang luas terus ada akses ke laut 🥰 Boleh muat sehingga 5 org! Setiap pakej dah termasuk boat transfer, makan dan peralatan snorkeling kat resort ✨ 👉🏼 Klik link di bio kami utk dapat quotation harga bilik 🥰 #dayangresortsemporna #sempornaisland #semporna #modernwhiteroom #dayangresort #reelsmalaysia #travelgram

♬ YangTerindah – Ikaᥫ᭡

Tidak kekok malah tidak berkira dengan anak Shuib meskipun hanya anak tiri. Malah beliau sangat menyanyangi anak Shuib sehinggakan tidak kira apa pun beliau akan menjadikan suatu kenangan yabg terindah buat mereka.

Pelbagai komen menarik malah ramai yang merasakan terhibur melihat dan membaca bahan bukti yang dikongsikan oleh pihak resort tersebut. Cara Watie membuat pesanan resort pun amat manis dan lembut sekali. Berbudi bahasa orangnya.

Ramai menyangka bahawa percutian mereka ke Sabah adalah dengan tajaan, jadinya ini membuatkan ramai yang berpuas hati dan yakin bahawa Watie boleh menjadi kegemaran peminat apabila menunjukkan bahawa mereka orang yang berada dannkaya dan tidak meminta di sponser.

Sumber: tiktok Dayangresortsemporna

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!