Connect with us

Hiburan

“Mcm sepender k0yak di buatnya ek min” – Fahrin Ahmad

Published

on

World Wide24.com 79c03594bab3aad0adf57e837afe9b1b

Rancangan Wanita Hari Ini (WHI) merupakan sebuah rancangan televisyen bual bicara mengenai perihal wanita di Malaysia dan disiarkan di stesen TV3. Rancangan berkenaan bersiaran pada jam 12:00 tengah hari selama sejam setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Rancangan Wanita Hari Ini (WHI) memfokuskan mengenai hal ehwal semasa serta isu-isu terkini mengenai wanita dalam dan luar negara selain membicarakan tentang cara hidup, fesyen, serta hal-hal mengenai kekeluargaan.

Meskipun membicarakan isu mengenai wanita namun, bermula tahun 2009 rancangan Wanita Hari Ini sudah mula menerima pengacara lelaki. Pengacara lelaki yang pertama bermula dengan Nazril Idrus kemudian diikuti oleh Fahrin Ahmad.

World Wide24.com 0cbfabf6721cc5da477e12ae240868fb

Kini, rancangan berkenaan selesa bersiaran bersama enam orang pengacara yang bergilir untuk mengacarakan rancagan tersebut mengikut topik dan hari.

Enam rakan pengacara rancangan tersebut termasuk lah Fahrin Ahmad, Fatin Hamimah, Fiza Sabjahan, Sugeeta Chandran, Syahira Izzaty dan Uyaina Arshad. Hubungan mereka berenam sebagai rakan pengacaraan juga sangat rapat seperti adik beradik.

World Wide24.com 6ade9021702dcdfa41230b84e495e452

Menerusi satu perkongsian terbaru di Instagram program di saluran TV3 itu, satu sedutan video menarik sepanjang bersiaran hari ini telah di kongsikan buat tatapan para penonton setia rancangan berkenaan.

Video yang di kongsikan kali ini apabila dua orang pengacara mereka itu Fiza Sabjahan dan Fatin Hamimah menunjukkan bakat mereka dalam membuat roti canai.

Namun begitu, video berkenaan bertukar menjadi video yang begitu menghiburkan penonton kerana menyaksikan gelagat lucu kedua- dua orang pengacara rancangan berkenaan yang kelihatan bergelut untuk memastikan roti canai yang di tebar menjadi.

Pasangan pengacara berkenaan tidak dapat menyembunyikan reaksi wajah ‘cuak’ mereka setelah roti canai yang di tebar terkoyak dan bertukar menjadi roti ‘kirai’.

World Wide24.com 8d3ecc3883f12529063b79f136b021fb

Menjengah ke ruangan komen pula, rata- rata netizen sangat terhibur dengan gelagat lucu kedua- dua orang pengacara berkenaan. Tambahan pula menyaksikan roti canai di ‘libas’ oleh mereka berdua sehingga koyak.

Pasangan pengacara Fiza dan Fatin juga nampak seperti lepas geram sewaktu menebar roti canai tersebut.

Netizen juga mengaitkan aksi pengacara menebar roti canai itu dengan babak di dalam sebuah filem Senario dan meminta pasangan pengacara menimba ilmu menebar roti canai bersama Wahid Senario.

World Wide24.com 39865ed1163a43db755594a1d9192e3d

Tidak cukup dengan usikan daripada para netizen, rakan pengacara mereka iaitu pelakon filem Pilot Cafe Fahrin Ahmad juga turut meningg4lkan komen menyakat rakan sekerjanya dengan berkata roti canai yang di tebar oleh Fiza dan Fatin sudah kelihatan seperti spender koyak.

Netizen juga berkata para pengacara rancangan Wanita Hari ini semakin hari semakin kelakar.  Berikut di kongsikan komen- komen netizen terhadap sedutan video terbabit.

World Wide24.com F6dc28ed2e6269c0753970c10fff47a2

Memang selalunya jika gandingan Fiza dan Fatin pasti ada sahaja gelagat yang mencuit hati yang berlaku antara mereka berdua. Terhibur para penonton menyaksikan gelagat pengacara untuk episode kali ni.

Sumber: ig whitv3

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!