Connect with us

Hiburan

“Bagai nk roboh rumah aku, satu keluarga gelak” – Netizen

Published

on

Erinsakura Efafb64e9f29486b540dfc9e2675cf53

Program hiburan Maharajalawak Mega saban tahun menyaksikan pelbagai variasi peserta daripada golongan pelawak senior sehinggalah kepada pelawak yang baru mula hendak bertapak. Jika sebelum ini kumpulan pelawak selesa untuk kekal dalam kumpulan mereka sendiri namun tahun ini berbeza apabila kebanyakan mereka membuat keputusan untuk berpecah dan bergabung dengan ahli kumpulan baru demi memberikan idea yang lebih segar dan menarik.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Walaubagaimanapun, pada minggu pertama kebanyakkan peserta tidak dapat memberikan persembahan yang terbaik dan kurang menepati kehendak para juri mahupun penonton apabila mereka seolah-olah kekeringan idea dan lawak yang di persembahkan sudah kerap kali di ulang tayang kepada para penonton.

Erinsakura 3b38ae2919960e0eec25cb2766e22ccc

Di sebabkan itu kebanyakkan daripada mereka menerima kritikan yang amat pedas daripada juri lebih-lebih lagi juri baru dalam program berkenaan iaitu Sang Bara yang ditampilkan dalam program kali ini di mana seekor patung naga yang selama ini menjadi penghias di atas pentas Maharajalawak Mega telah menjadi juri. Namun begitu identity pemilik suara kepada Sang Bara masih lagi menjadi rahsia.

Bersiaran setiap hari jumaat, malam tadi telah berlangsungnya persembahan minggu kedua. Minggu kedua menyaksikan perubahan mendadak para peserta di mana kebanyakkan kumpulan telahpun meningkatkan prestasi persembahan mereka dengan mempersembahkan lawak yang segar dan baru.

Erinsakura A9db25a7487e59472d62a56c8d8e8ae9

Minggu kedua turut menampilkan artis undangan untuk membantu persembahan para peserta yang sedang bertanding. Salah satu kumpulan buat pertama kalinya telah mendapat perhatian Sang Bara untuk memberikan markah apabila berjaya meraih pujian melambung daripada para juri.

Kumpulan yang dimaksudkan adalah kumpulan Tiro yang dianggotai oleh Daniel, Sharif dan juga Syaiful. Menerusi salah satu perkongsian video di Instagram astro gempak, kumpulan berkenaan beraksi cemerlang dengan artis jemputan mereka iaitu pelakon veteran Ku Faridah malahan kumpulan mereka berjaya menerima markah penuh daripada para juri.

Persembahan mereka juga begitu menjadi apabila melakonkan watak yang diambil daripada filem KL Gangster itu digabungkan kemahiran meniru suara yang dilakonkan oleh Daniel. Ku Faridah juga memberikan kerjasama yang baik.

Erinsakura 6e132483b1b1a4d46b697a2f26988aa2

Persembahan yang bermula dengan pencuulikan Ku Faridah yang di sangka adik kepada Jai untuk mengugut Daniel yang melakonkan watak Jai itu akhirnya mencapai kemuncak apabila berlaku Plot Twist yang tidak disangka dimana Ku Faridah yang sebenarnya ibu kepada Jai menjadi “G4ngster”.

Syarif yang melakonkan watak Tai Long juga sempat di tampar oleh Ku Faridah kerana menyampuk ketika orang tua bercakap. Persembahan lucu mereka berakhir dengan mesej yang sangat berguna iaitu untuk menghormati kaaum wanita.

Erinsakura 591954755587dc42a95c93dd92aacf3e

Menjengah keruangan komen, para penonton nyata berpuas hati dengan persembahan mereka bertiga malahan pemilihan artis jemputan juga dipuji netizen kerana dirasakan pemilihan yang sangat bijak apabila Ku Faridah berjaya menjayakan watak beliau dengan bersahaja. Berikut dikongsikan komen-komen para netizen.

Erinsakura 8c5001960d6a679d87fc13eb0c892a7d

Sebagai rekod program lawak Maharajalawak Mega ini masih lagi mengekalkan hadiah wang tunai lumayan iaitu sebanyak RM500,000.00. Program berkenaan bagaimanapun membuat kelainan kali ini apabila menjemput beberapa orang juri baru bagi memberikan komen dan penilaian buat para peserta pada tahun ini.

Mengejutkan apabila barisan juri yang di tampilkan terdiri daripada para pelakon dan penyanyi iaitu Rosyam Noor, Uqasha Senrose, Noh Hujan dan Diana Daniella.

Erinsakura 3cd41bf27cb3d28c1c70bf1c558b98df

Tidak kurang juga menjadi perhatian adalah juri baru iaitu Sang Bara yang merupakan seekor patung naga yang turut memberikan komen dan juga markah buat para peserta. Sang Bara sangat tegas dalam penjurian malahan identiti Sang Bara juga sehingga kini menjadi teka teki kepada para penonton.

Sumber: ig astro gempak

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!