Connect with us

Hiburan

“Tq syg sentiasa buat mama rasa mama lah isteri paling terbahagia di dunia” – Elly Mazlein

Published

on

Setiap isteri pasti mendambakan suami yang penyayang dan bertimbang rasa. Kalau harap muka sahaja kacak, itu belum memadai. Tidak apa jika tidak mempunyai rupa paras yang menarik dan badan yang sado. Cukuplah dengan sifat penyayang dan suka membahagiakan isteri yang tercinta. Jangan pula cuma penyayang pada awal perkahwinan, tetapi akhirnya berubah 360 darjah setelah bertahun-tahun hidup dengan isteri.

Kebahagiaan sang isteri tidak hanya bergantung pada nilai materialistik, namun ianya juga datang daripada sifat positif si suami. Mustahil jika wanita mahu bersuamikan dengan seseorang yang panas baaran dan suka membiar-biarkan mereka tanpa memberikan perhatian.

Antara selebriti yang cukup bahagia dengan pasangan masing-masing ialah Elly Mazlein atau lebih mesra dipanggil dengan panggilan Kak Lina. Sering kali Kak Lina memuatnaik posting mengenai suaminya yang cukup penyayang dan romantik dalam melayan segala kerenah serta keperluannya.

Mungkin setelah bertahun-tahun berkongsi hidup dengan bekas suami yang mempunyai personaliti negatif, kali ini Kak Lina benar-benar bersyukur kepada-Nya kerana memberikan dia kesempatan untuk bertemu dengan suaminya yang sekarang.

Walaupun terdapat perbezaan yang ketara dari segi umur mereka berdua, namun itu sedikitpun tidak menghalang Azlan untuk memberikan layanan yang teristimewa buat Kak Lina lagi-lagi apabila Kak Lina baru sahaja selamat melahirkan putera sulung mereka.

Menerusi perkongsian Kak Lina dalam akaun Instagramnya pada satu jam yang lalu, sifat penyayang Azlan jelas dirasai bukan sahaja oleh Kak Lina tetapi juga oleh sesiapa sahaja yang melihat foto perkongsian Kak Lina itu. Maklumlah wanita yang baru bersalin ini, pasti memerluukan banyak bantuan daripada sang suami.

Dalam foto yang dimuatnaik oleh Kak Lina, tindakan Azlan menyarungkan stokin buat isterinya yang baru bersalin  ini berjaya membuatkan Kak Lina berasa terharu dan merasakan bahawa dia adalah isteri yang paling bahagia di dunia kerana mendapat layanan yang cukup baik daripada suami.

Rata-rata netizen tersentuh hati melihat sifat Azlan yang penyayang dan prihatin ini. Masing-masing juga tidak lupa untuk mengucapkan tahniah bagi Kak Lina yang baru sahaja selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat. Perkongsian Kak Lina ini sudah meraih sebanyak 25,338 likes dan 225 komen walaupun baru dua jam ianya dimuatnaik.

Sweet je tengok pasangan ni kan. Apa-apa pun, tahniah buat Kak Lina dan Azlan. Semoga Azlan terus menjaga dan memberikan layanan VV1P buat Kak Lina ya. Selamat berpantang Kak Lina.

Sumber: Instagram Elly Mazlein

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Facebook

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!