Connect with us

Hiburan

“Sy sorg jeke perasan mata Azar mcm berair”- Netizen

Published

on

Azar Azmi merupakan seorang pelakon wanita dan usahawan. Nama beliau tular sekitar tahun lalu setelah putus tunang dengan seorang penerbit filem. Dikhabarkan hubungan itu juga musnah kerana beliau semakin rapat dengan pelakon Fizo Omar setelah berlakon bersama menerusi drama Maaf Tak Indah. Walaupun Azar ketika itu sering menafikan mempunyai hubungan istimewa bersama Fizo Omar namun Azar kelihatan sering kali memuatnaik aktiviti beliau bersama Fizo Omar.

Fizo dan Azar juga kerap merakamkan video masakan bersama di saluran Youtube. Beberapa gambar dan video yang memaparkan mereka berdua kerap meluangkan masa bersama juga mendapat perhatian meluas para peminat ketika itu. Tidak kurang juga apabila kedua-duanya pernah menandakan nama masing-masing di hati sebagai petunjuk mempunyai hubungan istimewa ketika itu.

Tidak cukup dengan itu, malahan warna baju raya yang sedondon dipakai oleh kedua pasangan ini pada hari raya tahun lalu turut mencuri tumpuan warga maya sehingga menguatkan lagi desas desus mengenai hubungan mereka berdua.

Pada hari lahir Fizo yang jatuh pada 19 Julai tahun lalu, ramai yang menantikan ucapan mahupun gambar acara sambutan hari lahir istimewa yang dilakukan oleh Azar buat Fizo. Azar kemudiannya telah memuatnaik beberapa keping gambar kejutan sambutan majlis hari jadi yang telah beliau rancangkan buat Fizo. Menurut Azar, beliau ingin menjadi orang yang terakhir memberikan ucapan tersebut buat Fizo.

Netizen yang menyokong hubungan mereka berdua sudah pasti gembira melihat pasangan tersebut mempunyai hubungan yang sangat baik antara satu sama lain. Malahan para peminat juga mendoakan supaya hubungan mereka berdua bakal berakhir ke jinjang pelamin tidak lama lagi.

Walaubagaimanapun sejak dua hari lepas, media sosial di kejutkan dengan berita perkahwinan Fizo Omar bersama Fazreena. Lanjutan tersebarnya berita pernikahan pelakon berkenaan, nama Azar Azmi juga turut menerima tempias dan tumpuan para netizen kerana selama iniĀ  nama Azar di sebut- sebut pada mulanya bakal menjadi ibu baru kepada Cik Yam atau Wan Maryam yang merupakan anak perempuan tunggal kepada Fizo Omar.

Menjengah keruangan Instagram Azar Azmi, pelakon berkenaan memuatnaik video untuk mempromosikan produk beliau seperti biasa namun, para peminat berkata wajah Azar kelihatan tidak ceria dan seolah-olah seperti menahan rasa sebak dan sedih di hatinya. Memetik komen seorang warganet di ruangan komen, mata Azar juga seolah-olah berair menahan air mata.

Nampaknya tekaan para peminat terhadap hubungan Fizo dan Azar meleset apabila Fizo akhirnya telah mendirikan rumahtangga bersama seorang gadis kelahiran Sarawak beberapa hari yang lalu. Wanita yang dikenali sebagai Fazreena itu telah berjaya mencuuri hati Fizo Omar dan beliau bukanlah calang-calang orangnya kerana merupakan seorang bekas pramugari Qatar Airways.

Sejak tersebarnya berita pernikahan pelakon dan ushawan Fizo Omar ini, ramai peminat yang agak terkejut kerana pelakon berkenaan cukup pandai menjaga priivasi dan menyimpan rahsia sehingga ramai tidak dapat menghidu hubungan pelakon tersebut dengan wanita kelahiran Sarawak itu.

Menjengah keruangan komen, para peminat memberikan kata-kata semangat buat Azar dan mendoakan agar pelakon tersebut menemui pengganti yang lebih baik daripada Fizo. Ramai juga para peminat berkata, mereka benar-benar percaya bahawa hubungan Fizo dan Azar bakal berakhir di jinjang pelamin sebelum ini. Berikut dikongsikan komen-komen netizen.

Allah lebih mengetahui segala-galanya bukan? Rezeki, Jodoh dan Ajal semuanya di tangan Allah. Siapalah kita sebagai manusia biasa untuk menidakkan takdir tuhan. Manusia hanya mampu merancang sahaja. Mudah-mudahan ini yang terbaik buat semua pihak.

Terdahulu, jejaka kelahiran Kota Bharu itu sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga pada November 2013 bersama Mawar Karim yang merupakan pengarah urusan jenama tudung terkenal Fareeda iaitu Syarikat Fareeda Group dan mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Wan Maryam hasil pernikahan beliau bersama Mawar selama 6 tahun.

Sumber: ig azar azmi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Facebook

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!