Hiburan
“Baem oh Baem, macam-macam akalnya siap nak halau bini” – Datin Shahida

Walaupun status rumahtangga Datin Seri Shahida bersama Datuk Seri Aliff Syukri masih lagi menjadi tanda tanya, namun Datin Shahida tetap meneruskan kehidupan seperti biasa dan sering berkongsi aktiviti sehariannya di akaun Instagram buat tatapan para pengikut. Hasil perkahwinan bersama Datuk Aliff, Datin Shahida mempunyai enam orang anak dimana salah seorangnya ialah anak angkat.
Datin Shahida dikenali sebagai seorang yang amat menitikberatkan kebajikan anak-anak. Beliau tidak pernah menganggap anak-anak sebagai pengganggu dan sentiasa sabar dalam melayani ragam anak-anak yang sedang membesar dengan penuh kelembutan.
Pernah tular sebelum ini kisah Datin Shahida yang sanggup menghentikan perbicangan mengenai urusan perniagaan bernilai jutaan ringgit kerana anaknya datang meminta bantuan untuk menyiapkan kerja sekolah.
Ketika para ibu bapa yang lain menyuruh anak beredar kerana mencampuri urusan orang tua, Datin Shahida dengan penuh sabar melayani permintaan anaknya dan membantu menyiapkan kerja sekolah.
Datin Shahida memuatnaik satu video di instagram berkongsi gelagat bersama anaknya Baim. Dalam video tersebut Datin Shahida bertanya sekiranya dirinya sudah tua, adakah Baim masih sudi menjaga beliau. Baim menjawab yang dia akan menjaga ibunya dan menunaikan hasrat ibu menjadi seorang ustaz.
Baim diusik pula kakaknya Qadejah sekiranya telah berkahwin dan isteri Baim kurang menyukai Datin Shahida, apa yang bakal Baim lakukan. Dengan pantas Baim menjawab yang dia akan menghalau isterinya.
Jawapan Baim disambut dengan derai tawa mereka sekeluarga dan Datin Shahida menasihati Baim untuk tidak berbuat begitu.
Rata-rata netizen berdoa supaya hajat dan cita-cita Baim itu tercapai dan Baim dapat membimbing keluarganya ke jalan Allah. Netizen juga memuji kepetahan Baim bercakap dan terhibur dengan gelagat beliau. Berikut beberapa komen yang ditinggalkan diruangan k0men Instagram Datin Shahida.
Sikap Datin Shahida dalam mendidik anak wajar dicontohi. Anak-anak yang sedang membesar seeloknya dididik dengan penuh kelembutan. Jika positif cara kita melayani mereka maka pastilah hasilnya juga akan menjadi positif dan begitu juga sebaliknya.
Sumber : Instagram shahidadherbs
Artikel ini disediakan oleh Cite Syok. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
-
Hiburan1 year ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan2 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum2 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Kesian minah dia tkut xde sape peduli, makin tkutkan dia” – Netizen
-
Hiburan2 years ago
“Definisi seorang lagenda, meremang bulu roma weh”
-
WOW2 years ago
“Wah lawanya, adore giila kalau dia blh berubah smpai mcm ni” – Netizen