Connect with us

Hiburan

“Walaupun anak-anak dah besar panjang, masih nak disuap”- Jasmin Hamid

Published

on

Kasih ibu sememangnya membawa ke syurga. Itulah perumpamaan yang sesuai bagi menggambarkan pengorbanan seorang ibu demi membesarkan anak-anaknya sehinga menjadi insan yang berguna. Begitu
juga buat pelakon Jasmin Hamid, seorang ibu yang sanggup berhempas pulas bekerja untuk membesarkan
ketiga-tiga orang anaknya. Kerjaya sebagai pelakon semestinya antara sumber rezeki buat pelakon senior ini.

Seperti yang ramai ketahui, Jasmin mempunyai dua orang anak angkat iaitu
Rohana dan Lukhman Hakim masing masing berusia 29 tahun  serta 20 tahun yang dibesarkan sejak Jasmin berusia 20 tahun manakala Ian Haziq,16 merupakan anak kandungnya. Hubungan kekeluargaan mereka cukup mesra dan kelihatan bahagia bersama. Meskipun Jasmin mempunyai dua orang anak angkat dan seorang anak kandung, kasih sayangnya terhadap anak-anak tidak pernah berbelah bagi. Jelas sekali sayangnya Jasmin terhadap semua anaknya.

Malah, Jasmin sendiri akui sentiasa menyuapkan makanan buat anak-anaknya sejak kecil sehingga mereka kini sudah bergelar remaja. Begitulah kasihnya seorang ibu buat anak-anak, memang tiada batasan.

Sementara itu, posting video Jasmin Hamid bersama anak-anaknya pada mulanya bertujuan untuk mempromosikan juadah makanan berbuka dan telah ditonton sehingga 74,000 tontonan.

Namun, video Jasmin menyuapkan dua orang anak bujangnya telah menarik perhatian peminat-peminatnya dan ternyata menyentuh hati orang ramai dengan kapsyen yang ditulis Jasmin sendiri.

Rata-rata netizen memuji sikap penyayang Jasmin terhadap anak-anaknya dan turut menjadi inspirasi buat golongan ibu yang lain.

“Bestnya ibu suap makan nasi. Saat ni yang seronok sangat dalam hidup bukan selalu dapat bila dah meningkat dewasa- Netizen

“Ibu yang penyayang”- Netizen

“Ya Allah, tingginya kasih sayang akak dekat anak-anak”- Netizen

Jawapan tenang dari Jasmin pada salah satu komen netizen mencuri tumpuan.

“Ibu juga harus bertimbang rasa bila anak lelaki dah kahwin, ibu tak boleh selfish kena always positive baru happy family”- Jasmin Hamid

Rakan-rakan artis juga tidak ketinggan memberi komen pada posting Jasmin.

Penyayang sungguh Jasmin Hamid dengan anak-anaknya. Selalu suapkan anak-anak makan, betul lah orang kata suapan ibu paling sedap di dunia. Tak ada tandingannya..

Sumber: instagram Jasminhamidjh

Artikel ini disediakan oleh Cite Syok. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!