Connect with us

Hiburan

“Astaghfirullah Al Adzim, bab2 sembah boleh buat main2” – Netizen

Published

on

World Wide24.com 72cc1504d69489a4198adab5d0a8f31e Scaled

Biasalah kadang bila sudah berkawan baik ni ‘mulut’ memang dah tak tahu ‘cover’ bila nak bersembang apa pun satu sama lain. Macam dua sekawan ni… iaitu usahawan sensasi, Datuk Seri Alif Syukri dan Ahmad Iqbal Zulkefli. Bila dah bersua, laju saja idea konten yang dimuatnaik di media sosial masing-masing. Kadang ada mengundang k0ntroversi.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Gamaknya tak sempat ‘ditapis’, konten yang dibuat ada yang terkena batang hidung sendiri. Kadang niat nak bergurau, tapi ada kawan pula yang terasa. Dah buat konten untuk publik, jadi minta maaf pun melalui medsos.

World Wide24.com B2d37632781ffc243ab7701d38b82b56

Itu yang berlaku apabila Iqbal dilihat memohon maaf dengan Alif berhubung ketelanjurannya ‘mengata’ tentang suara nyanyian lelaki itu. Katanya jujur, tempoh hari mereka berdua ada membuat konten untuk suka-suka.

Begitupun kata Iqbal, Alif dikatakan betul-betul marah padanya apabila ramai netizen yang bersetuju dengannya berkenaan kejujurannya yang mengkr1tik suara Alif. Pun begitu, Iqbal membayangkan sudah meminta maaf pada Alif.

World Wide24.com 47151b755e908cd1cdc206b0302dd28a

“Sekarang saya dah sembah ke lutut. Tapi itu saya terpaksa mengalah di depan. Saya perlu sedarkan beliau,” kongsi Iqbal pada kapsyen statusnya yang berkongsi video memperlihatkan dirinya dan Alif sedang saling berbicara tentang ‘isv’ itu.

Demikian pun, apa menarik perhatian netizen apabila Iqbal menggunakan perkataan ‘sembah’ dan ‘sujud’ yang merujuk pada Alif dalam video tersebut. Sedangkan ramai maklum perkataan demikian biasa merujuk pada tuhan nan satu.

World Wide24.com D285a0bea28779377eaf81ff6fc3428e

“Ada sorang je komen tentang sembah atau sujud tu? Yg lain semua terhibur.. astaghfirullah..”, “Astaghfirullah al adzim. Bab2 sembah boleh buat main2. Laailaaha illallah.”, “Sujud? Sujud kat Allah bro.. yg ko sujud kat dia pahal?”.

“Jujurnya dari saya, suara Iqbal lagi sedap dari DAS. Suara Iqbal ada body, suara DAS ke laut”, “Hahaha pedih betul komen pasal rate suara tu ”, “Poyo laaa hampa ni”.

World Wide24.com B07bb389ad1ae2d84f572b8453aa3782

Itu antara komen netizen. Ramai juga yang cuba ‘menegakkan fakta’ yang suara Iqbal kononnya lebih sedap daripada Alif. Begitu pun agak mencuit hati di akhir konten video itu apabila muncul cef selebriti, Chef Zam.

“Dua-dua jahanam…” respons Chef Zam apabila ditanya suara siapa lebih sedap. Masing-masing pun dah tahu tahap nyanyian diri sendiri. Harap lebih ni tak ada la lagi ‘claim’ yang tidak-tidak dan mohon sedar diri kita masing-masing ya…

World Wide24.com E5129f14a6fdc8b43a1ac59027b30699

Sumber : IG Ahmad Iqbal Zulkefli

Artikel ini disediakan oleh OH Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!