Connect with us

Hiburan

“Adik nak ayah, nak tidur dengan ayah…” – Anak Shuk Sahar

Published

on

Tiada apa paling diharapkan si kecil selain kasih sayang dan belaian kedua orang tuanya. Lazimnya jika berat sebelah timbangannya, mulalah anak menunjukkan ‘perangai’ untuk mendapatkan perhatian yang sepatutnya. Melihat tingkah mereka, jika itu yang gagal diperoleh, kita sebagai orang luar yang jadi pemerhati ini pun boleh meruntun jiwa dibuatnya seperti video dikongsi selebriti, Shuk Sahar ini.

Bagi yang mengikuti perkembangan Shuk pasti maklum yang dirinya dan isteri, Rossa Sera sudah berpisah secara rasmi pada 22 Mac lalu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Nur Qurratu Ain dan Nur Assyifatul Aimi.

Terdahulu dalam video dikongsikan Shuk terlihat dirinya yang sedang dirayu Aimi, 4, meraung dia meminta agar tak berpisah dengan bapanya itu. ‘Adik nak tidur dengan ayah. Adik nak ayah…’ antara kata Aimi yang menyebakkan netizen.

“Adik nk ayah,tp ayah nak org lain”, “Sedih…anak2 tidak berdosa. Moga Allah tautkan kembali kebahagiaan keluarga ini.”, “Kesian ke ank..sbb pak nk try yg lain..binasa yg mendapat..syok 3 minit sj..yg lain derita..”

“Mak tu da byk kali bg ruang,peluang..tp syg otak ayah x cukop sel berhubung lg..so skrg nampak x apa jd ngn ank?”.

Itu antara komen netizen. Sebak pula melihat kelibat dua beranak tu jika benar ‘kehil4langan’ bapa, tambahan pula keduanya masih kecil dan dahagakan kasih sayang.

Difahamkan Rossa kini menetap di Sabah, manakala Shuk masih di Semenanjung.

Dalam video dikongsinya, sempat juga Shuk menunjukkan dirinya menyanyi bersama busker di jalanan membawa sama anaknya disamping menggembirakan mereka dengan hadiah dan makanan jajan.

Macam layanan bapa-bapa lain juga pada anak mereka. Bezanya perjumpaan anak-beranak ini sekejap cuma sebelum Shuk di akhir video memberitahu dirinya balik dulu, mahu mereka menjaga diri dan mengucapkan sayang buat kedua-dua anaknya itu.

Alahai… Terdahulu dalam ruangan komen hantaran Shuk itu ada yang memberikan respons terkilan dengan sikap sesetengah lelaki yang tetap melayan peny0ndol meskipun sudah berkali diberikan peluang untuk berbaik oleh isteri.

Apa pun moga masih ada sinar penyatuan buat buat keluarga kecil ini. Terdahulu sejak tular dakwaan krisis rumah tangga dan kecvrangan Shuk, syarikat media berkaitan menggantvng sementara khidmat Shuk.

Sumber : IG Shuk Sahar

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!