Connect with us

Hiburan

“Apa dah jadi ni” – Netizen

Published

on

Add A Subheading 36

Kata orang, setiap daripada kita yang telah melalui satu fasa ke satu fasa dalam hidup akan membuatkan seseorang itu bertambah kematangannya dari hari ke hari. Terutama dalam bekerja, jika dahulu, lembik dan lembab, setelah lama berkhidmat tentu semakin laju dan cekap. Jika dahulu kurang pengalaman, tika semakin lama melakukan perkerjaan yang sama akan semakin otai dan berbisa. Mana-mana bidang pun sama termasuklah mereka yang cari makan dalam industri seni. Bagi yang sudah lama terjvn di bidang seni lakonan, kita dapat menyaksikan prestasi mereka yang meningkat termasuklah pelakon cantik manis, Emma Maembong ini.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Ya di awal penglibatannya dahulu, tak dinafikan ramai yang mengkritik dan memandang sebelah mata hasil lakonannya. Kini siapa sangka, namanya kian meletup-letup dipilih antara barisan pelakon utama, malah mutu lakonannya kian meningkat.

Screenshot 20220513 1415522

Dalam masa sama, selain kerjaya, kehidupan peribadi anak kesembilan daripada sebelas adik-beradik yang mana bapanya berketurunan orang Melayu Terengganu manakala ibunya berketurunan Scotland ini juga semakin menjadi perhatian ramai.

Apatah lagi sejak membuat keputusan mengejutkan peminatnya iaitu kembali tidak berhijab pada awal 2019 selepas mengenakan nya lima tahun sebelum itu, malah mempunyai ramai meminatinya kerana tampil dengan imej mvslimah dan sopan.

Screenshot 20220513 1421342

Pasti ada sebab Emma sendiri berbuat demikian biarpun sudah dipujuk dan dirayu oleh peminat dan netizen agar kembali berhijab. Bahkan diapun ada menjelaskannya sebelum ini. Tak habis bab hijab, soal cara dirinya berpakaian pun diambil berat netizen.

Terbaharu antara menancap pandangan netizen adalah konten terbaharu di IG nya yang tampak berbaju ketat tanpa lengan bertali halus dengan sambungan rambut berwarna biru dan wajah comelnya. Sekali tengok memang dia kelihatan remaja sekali.

Screenshot 20220513 1416522

Begitupun tak kurang yang tidak berpuas hati dengan cara penampilannya itu apatah lagi sebagai seorang wanita yang pernah tampil dengan imej mvslimah. Ramai netizen di ruangan komen hantarannya itu merasakan Emma semakin s3ksi sekarang.

“Semakin sksi sekarang”, “Kalau tertutup litup macam dulu lagi kan makin lawa”, “Apa dah jadi ni?”, “Lepas ni nak bukak apa lagi?”, “Entah apa dia fikirkan, mana yg baik mana yg buruk”, “Apa berlaku ni.. Ramadan, Syawal baru berlalu”. Itu antara komen netizen.

Screenshot 20220513 1112362

Apapun tak kurang juga yang tetap mendoakan yang terbaik buat Emma. Ya lah… Dia sudah menjejak usia 32 tahun pun. Pastinya isteri kepada juruterbang Muhammad Shazli Azhar yang mendirikan rumah tangga dengan pada 20 Februari 2020 ini tahu mana yang baik sebaliknya.

Biar apa pun dihadapi Emma, pastinya dia sendiri sudah matang dalam memikirkan natijah baik buruknya. Sekadar boleh menegur, apa kuasa pada kita dan Emma sendiri jika tak Dia yang menggerakkan. Semua yang baik dariNya. Sebaliknya dari kita sendiri.

Screenshot 20220513 1420482

Sumber : IG Emma Maembong

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!