Connect with us

Hiburan

“Terserlah suara kejantanan dia” – Netizen

Published

on

BD21584B F912 4783 8583 CF4839ABC17C Scaled

Artis terkenal dari negara seberang yang pernah menjadi bualan ramai sebelum ini iaitu Lucinta Luna kini telah menjejakkan diri ke Malaysia sekali lagi. Pasti ramai yang masih ingat dengan kontroversi yang melibatkan dirinya dalam pembikinan lagu bersama usahawan terkenal tanah air iaitu Dato Seri Aliff Syukri. Lagu yang bertajuk Bobo Di Mana itu telah menggemp4rkan negara seketika dek kerana liriknya yang unik dan mudah diingati.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Tidak pernah berselindung dengan jantinanya yang sebenarnya merupakan seorang lelaki, Lucinta Luna baru-baru ini juga tular di media sosial akibat pembed4han wajah yang dibuat olehnya. Mengimpikan wajah cantik seperti penyanyi Korea yang berd4rah Thailand iaitu Lisa Blackpink, pembed4han wajah yang menelan kos tinggi itu akhirnya selesai setelah berbulan lamanya.

IMG 2718

Mengakui dirinya selesa berada di Malaysia berbanding di negara sendiri, Lucinta Luna sering berkongsi aktiviti dan kegiatan hariannya sepanjang berada di Malaysia melalui Instagram peribadinya.

Ramai yang berfikir bahawa dirinya merupakan kenalan rapat dari Dato Seri Aliff Syukri sahaja, tetapi ada satu lagi usahawan terkenal negara yang ternyata merupakan rakan karib kepada Lucinta Luna.

Walaupun sibuk dengan dunia populariti juga dunia keusahawanannya, Dato Seri Vida masih menyempatkan waktu setelah mendengar khabar ketibaan kenalan rapatnya iaitu Lucinta Luna yang telah tiba di negara beberapa hari lalu.

Kedua-dua artis yang sudah lali dengan gossip dan kecaman dari netizen kini sekali lagi telah menarik perhatian ramai dengan video kebersamaan mereka di pusat beli-belah Pavilion.

IMG 2716

Bukan sahaja tidak menghiraukan kata-kata dari orang sekeliling di media sosial, malah kedua-kedua Dato Seri Vida dan Lucinta Luna ini sangat bersahaja ketawa bersama di khalayak orang ramai walaupun sedang diperhati ratusan pengunjung ketika itu.

Video yang dimuatnaik oleh Dato Seri Vida di Instagramnya sekali lagi telah mengundang ribuan komen dari netizen yang terhibur juga tidak senang melihat gelagat mereka berdua itu.

Ada juga diantara netizen yang menegur agar Dato Seri Vida peka dan ingat bahawa Lucinta Luna masih merupakan seorang lelaki walaupun berpakaian sebegitu.

IMG 2717

Walaupun begitu, ramai juga netizen yang terhibur melihat video tersebut lebih-lebih lagi mendengarkan Lucinta Luna yang tidak segan mengeluarkan suara lelakinya itu di hadapan orang ramai.

IMG 2715

Kalau dulu berkolaborasi dengan Dato Aliff Syukri dalam pembikinan lagu, mungkin lepas ni Dato Seri Vida boleh beradu dan berganding suara bersama Lucinta Luna pula. Mana tahu ada rezeki lebih popular dari lagu Bobo Di Mana kan.

Sumber: Instagram Dato Seri Vida

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!