Connect with us

Hiburan

“Amelia dgn Jebat dah mcm mak dgn anak muka sama” – Netizen

Published

on

World Wide24.com C5fdff9300f018a9781d4e9b3f04a32c

Sharnaaz Ahmad merupakan seorang pelakon lelaki di Malaysia. Beliau mula di kenali menerusi drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta dan membawa watak sebagai Jebat bergandingan bersama Nelydia Senrose.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Menyingkap kisah peribadi pelakon ini, sejak berpisah dengan isterinya Noor Nabila sekitar Julai 2020, beliau sering di gossipkan dengan beberapa pelakon wanita seperti Azira Shafinaz dan juga Shila Hamzah.

Malahan ada segelintir netizen yang mahukan pelakon yang mesra di panggil Mamu itu bersatu kembali dengan bekas isterinya Noor Nabila.

Namun begitu, memandangkan Noor Nabila kini berstatus isteri kepada Engku Emran, Sharnaaz menasihati netizen supaya tidak menulis komen yang bukan bukan dan menjaga sensitivity keluarga bekas isterinya itu.

World Wide24.com B4fd2fb57d55c10da70c54c8e0bff31a

Bagaimanapun baru baru ini Mamu mendedahkan bahawa beliau kini sedang mengenali seseorang namun malu untuk bercerita mengenai wanita tersebut.

Menurut Sharnaaz, selain faktor usia yang semakin meningkat, beliau juga bimbang untuk terlalu bercerita kisah peribadi kerana tidak mahu kisah cintanya berakhir seperti sebelum ini.

Selain daripada kisah percintaan yang terpuutus di tengah jalan, Sharnaaz juga pernah berdepan fasa kegagalan dalam rumah tangga. Di sebabkan itu, Sharnaaz menjadi lebih berhati hati dengan perhubungan percintaan dan peribadi beliau.

World Wide24.com 63cfbd958f601f7667f3c0973f86533d

Terdahulu, Sharnaaz berkata beliau enggan meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap sesiapa kerana setiap manusia ada kekurangan sendiri dan tidak sempurna. Malahan dirinya juga tidak sempurna.

Oleh itu proses mengenali hati budi amat penting buat dirinya memandangkan beliau masih mempunyai rasa takut hubungan tidak menjadi di sebabkan pengalaman yang di lalui sebelum ini.

Menerusi satu perkongsian di Instagram Sharnaaz, satu hantaran terbaru pelakon itu menarik perhatian netizen. Sharnaaz memuatnaik sekeping gambar kkasih hatinya iaitu Amelia Christie sempena hari lahir pelakon wanita itu. Melodi turut memuat naik hantaran moment ketika Sharnaaz dan Jebat celebrate birthday Amelia.

Menerusi ruangan kapsyen pula, Sharnaaz mengucapkan selamat hari lahir kepada kekaasihnya itu dan mendoakan supaya kkasihnya itu sihat dan di kurniakankan rezeki yang melimpah ruah. Sharnaaz juga turut mendoakan perniagaan kkasihnya itu agar berjaya.

World Wide24.com 468c02c115d70c8b007100a392787d4d

Mengintai ke ruangan komen, rakan artis dan netizen turut memberikan ucapan yang sama kepada pelakon wanita tersebut. Netizen turut memuji kejelitaan wajah kkasih hati Sharnaaz itu dan mendoakan hubungan mereka berdua berkekalan.

Netizen juga turut menyamakan wajah Amelia Christie dengan anak Sharnaaz Ahmad iaitu Jebat Jayden kerana memiliki raut wajah yang hampir sama.

Malahan ada juga netizen yang berkata muka Amelia Christie adalah muka Jebat Jayden versi perempuan. Berikut di kongsikan komen komen netizen.

World Wide24.com 12b56c1715271bed36906e1aa780a2f6

Segelintir netizen juga berkata daripada awal mengenali kkasih Sharnaaz itu, mereka merasakan wajah Amelia sememangnya menyerupai anak Sharnaaz iaitu Jebat Jayden.

Oleh itu netizen mendoakan agar Amelia benar benar merupakan jodoh Sharnaaz dan hubungan mereka berdua akan berakhir ke jinjang pelamin.

Sumber : ig sharnaaz ahmad

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!