Connect with us

Hiburan

“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda

Published

on

Erinsakura 44d05f0ac90d05b7a5bbe7f336dd013d

Siapa tidak akan gembira atas berita kelahiran bayi baru. Pasti berita tersebut akan disebut-sebut dan diheboh antara ahli keluarga tersayang dan juga rakan taulan. Ini kerana berita kelahiran bayi baru dianggap satu keberkatan dari Illahi dan satu pembuka rezeki kepada pasangan ibu bapa bayi tersebut. Itu yang membuatkan satu kelahiran itu sungguh istimewa dan harus diraikan.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Seperti yang semua ketahui, pelakon dan bekas pengacara tempatan, Raja Azura, sudahpun punyai 3 cahayamata yang sudah meningkat dewasa.

Raja Azura 1621654094128818

Namun baru-baru ini, Raja Azura telah berkongsi sebuah gambar seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan pada 14 Mei 2021 yang lepas dan beliau bersyukur ke hadrat Illahi atas kelahiran bayi tersebut.

Perkongsian Raja Azura tersebut telah menimbulkan pelbagai spekulasi diantara netizen dan juga rakan artis termasuklah Nabila Huda yang mempersoalkan bila masakah Raja Azura mengandung.

Polish 20210522 114755354

Namun, dilihat didalam ruang komen tersebut, Raja Azura telah menjelaskan bahawa bayi tersebut adalah anak kepada adik bongsunya yang telah menanti zuriat selama 14 tahun.

Ramai juga netizen mengucapkan tahniah dan syukur atas berita gembira yang dikongsikan oleh Raja Azura ini.

Polish 20210522 115150972

Seperti yang kita tahu anak anak Raja Azura semua berusia belasan tahun dan meningkat remaja. Mesti kakak dan abang suka dengan kelahiran adik sepupu baru ini kan.

Kelahiran ini juga di maklumkan sebagai penantian yang cukup lama oleh adik bongsu Raja Azura dan keluarganya. Ramai juga artis otai seperti Nabila Huda juga turut menunggu zuriat setelah bertahun tahun mencuba.

Pasti ramai peminat Kak Engku turut terkejut dengan status intagram Kak Engku penantian 14 tahun tahun itu sebenarnya untuk adik bongsunya.

Erinsakura 3c98e290daaf3769ab0c6d746bf92b77

Tahniah atas kelahiran baru dalam keluarga Raja Azura setelah 14 tahun penantian. Untuk pengetahuan semua, Raja Azura adalah dari keturunan kerabat raja dan mempunyai satu adat menyambut majlis cukur jambul setiap kali ahli keluarganya menerima bayi baru.

Erinsakura Dcbf173e34e6dbeb31af1c7f10788394

Sumber : ig raja_azura

Artikel ini disediakan oleh world-wide24/Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!