Connect with us

Hiburan

“Aduh meleleh airmata ni abg Ajak”- Yusry

Published

on

Persahabatan yang membawa kepada perhubungan yang baik, sehinggakan mengaku adik-beradik, itulah sahabat sejati namanya. Selain adik-beradik kandung, adik-beradik yang dianggap seperti adik beradik sebenarnya ialah kawan baik selamanya. Kerana sanggup menganggap seperti adik sebenar. Pasti akan membuatkan persahabatan lebih akrab kerana ada kisah disebalik persahabatan tersebut. Hanya yang mengalaminya sahaja tahu.

Ajak Shiro, nama sudah diketahui. Begitu juga nama Yusry Tapah, juga sudah dikenali. Mereka dilihat akrab selepas menyertai Maharaja Lawak Mega.

Rupanya ini yang dianggap adik, sehingga menitiskan airmata Yusry kerana sikap Ajaka yang mengambil berat malah menyanyanginya seperti adik sendiri.

Inilah contoh yang boleh kita contohi, selepas ibubapa, anak isteri, adik-beradik, sahabat handai pun Ajak bahagiakan.

Yusry juga memuat naik di cerita laman ig beliau, tentang Ajak yang menjemputnya untuk keluar minum bersama. Serta kereta baru Ajak, yang tidak menunjuk-nunjuk sikapnya.

Itulah senang berkawan dengan Ajak, seorang yang merendah diri dan sangat baik hati. Semuanya senang apabila bersama beliau.

Ajak juga pernah berkhidmat di latihan tentera,namun telah berhenti awal. Begitu juga beliau sekarang lebih banyak di ruangan radio berbanding kaca tv.

Disebabkan video tersebut, ramai yang terharu dan menyentuh hati video tersebut. Inilah komen-komen mereka.

Ajak baru sahaja menaik pulih ruangan rumahnya, menjadikan dapur lebih besar supaya isterinya semangat lagi untuk memasak.

Sumber: ig ajakshiro

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Continue Reading

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!