Connect with us

Hiburan

“Aku makin hari makin lupa siapa KJ sebelum ni”- Netizen

Published

on

World Wide24.com 9b65b6e6c0796a48dffbceee6d9dd70c

Sejak suara KJ atau sebelum ini lebih di kenali sebagai seorang bekas Mnteri Kesihatan Malaysia iaitu Khairy Jamaluddin bersiaran menerusi slot Bekpes Hotfm di stesen radio Hotfm pada setiap hari isnin jam 6 pagi hingga 10 pagi, ramai yang mulai menjadi tertarik dengan personaliti dan perubahan gaya penyampaian yang di bawakan oleh ahli p0litik berkenaan.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Suasana ceria dan berbeza dirasai di konti radio Hot FM apabila buat pertama kalinya, menerima kehadiran orang baru berkenaan. Kepuutusan KJ menyertai radio Media Prima Audio (MPA) mencetuskan kegembiraan buat pendengar Hot FM yang mahu melihatnya merealisasikan impian mereka sebagai penyampai radio.

World Wide24.com 54912b57e2516d22af30df8e98e0e769

Jelas KJ lagi, walaupun dalam Bekpes Hot kita banyak bergurau, namun niatnya adalah untuk membawa satu elemen di mana banyak perkara isu-isu semasa dapat di bincangkan dengan kaedah yang bersahaja.

Menurutnya, perbincangan itu tidak terlalu serius tetapi berguna untuk menambah sedikit elemen ilmu dan juga elemen isu semasa dan berita kepada program terbabit.

World Wide24.com 36779d796ac7367f51c975564b22b5f8

Ketika di tanya mengenai pengalaman pertama bersiaran sebagai penyampai radio, KJ menyifatkannya sebagai okey dan tidak teruk. KJ turut menjelaskan persediaan yang dilakukan sebelum bergelar penyampai radio adalah memantapkan suaranya.

Dia juga akan terbuka menerima pujian atau kritikan masyarakat apabila bergelar penyampai radio kerana sudah merasainya sebagai orang plitik. Namun begitu sehingga kini ramai yang menzahirkan reaksi positif terhadap KJ sejak bergelar penyampai radio.

World Wide24.com 05c40dfa7da4e3df893f7fcb8176dbd0

Menerusi perkongsian terkini di Instagram stesen radio Hotfm, satu video terbaru yang di muatnaik oleh stesen radio tersebut meraih perhatian netizen apabila berkongsi video Khairy Jamaluddin atau lebih mesra di panggil KJ sedang menemubual penyanyi Santesh sempena perayaan Deepavali.

KJ kemudiannya berkongsi mengenai satu babak lakonan yang pernah di tonton oleh beliau di dalam sebuah filem Tamil. Filem tamil yang di maksudkan oleh KJ itu ialah sebuah filem lakonan pelakon popular tamil Rajnikanth menerusi filem Sivaji The Boss.

KJ yang teruja ingin bercerita kepada Santesh kemudiannya melakonkan watak Rajnikanth di dalam filem berkenaan. KJ turut menggayakan aksi Rajnikanth dan dialog yang di ucapkan oleh pelakon tamil tersebut.

Aksi dan gaya lakonan KJ yang penuh dengan penghayatan itu membuatkan Santesh ketawa besar malahan rakan- rakan yang berada bersama di dalam konti radio ketika itu juga turut tertawa melayani gelagat KJ yang bersahaja.

World Wide24.com Dffbe235bb9060422d96914688e3fdb8

Menjengah ke ruangan komen pula, rata- rata netizen juga berkata mereka turut terhibur dengan gelagat lakonan yang di tunjukkan oleh KJ tersebut.

Netizen juga gembira melihat perubahan hidup KJ sekarang yang lebih santai berbanding sebelum ini yang agak serius sewaktu masih berkecimpung di dalam bidang plitik.

Menurut netizen, adakalanya mereka juga terlupa seketika bahawasanya KJ merupakan seorang bekas mnteri kesihatan sebelum ini sebelum menjadi seorang penyampai radio.

Gelagat santai dan menghiburkan yang di bawakan oleh KJ di ruangan radio juga membuatkan netizen juga terhibur. Berikut pula di kongsikan komen- komen netizen berkenaan.

World Wide24.com 95b574aece8d55dd6985e424b6e16fc0

Lain betul KJ sekarang ya. Ramai yang sudah lupa bahawa KJ dulu merupakan bekas mnteri kesihatan di Malaysia kerana imej baru yang di bawakan oleh KJ setelah menjadi seorang penyampai radio yang sangat santai. Tak sangka KJ pun hafal dialog Rajnikanth dalam filem Sivaji The Boss tu.

Sumber: ig hotfm976

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!