Connect with us

Hiburan

“Serba boleh Intan, baru betul hantaran dia mahal”- Netizen

Published

on

World Wide24.com Ab42ce40e4dd2803d94f38ccfff7bfe0

Hanya dengan sekali lafaz Datin Intan Najuwa telah selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan iaitu Datuk Ahmad Asraf Azman pada 18 Ogos. Pemilihan tarikh pernikahan pada 18 Ogos juga adalah bersempena tarikh hari lahir pelakon Kkasih Rela Paksa itu yang menginjak genap usia 26 tahun.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Datin Intan Najuwa atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abd. Wahid telah menerima mas kahwin yang bernilai RM20,000 dan hantaran berjumlah RM222,000.

Kepuutusan pelakon ini untuk berkahwin agak mengejutkan para peminat beliau sendiri. Manakan tidak, Datin Intan sebelum ini kurang terpalit dengan gossip liiar dan jarang terjebak dengan kontr0versi.

World Wide24.com Ad718fd4b7300abea22cc9fb27e76052

Perkongsian berita mengenai pernikahan pelakon Datin Intan Najuwa telah menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dan para peminat Datin Intan Najuwa sendiri.

Malahan beberapa video dan gambar yang tular di media sosial juga membuatkan netizen baru mengenali gerangan lelaki yang berstatus datuk yang baru sahaja sah menjadi suami kepada pelakon ini.

World Wide24.com E10b9ae005af5f8b042494d70d88aea1

Menerusi perkongsian terbaru di tiktok Datin Intan Najuwa, satu hantaran video baru telah di muatnaik di platform berkenaan. Video tersebut memaparkan Datin Intan yang beraksi lincah di dapur sedang memasak sup ikan jenahak untuk suaminya.

Di bahagian kapsyen Datin Intan berkata beliau memasak menu tersebut buat suaminya yang kurang sihat. Menu sup ikan jenahak tersebut kelihatan begitu menyelerakan sehingga mendapat perhatian daripada netizen.

@intannajuwaaa

Soup ikan jenahak for my sick man 🤒😷 #feverseason😷🤒🤕

♬ Kamulah Takdirku – Raffi Ahmad

 

Atas permintaan para peminat, di ruangan komen, Datin Intan turut bermurah hati untuk berkongsi resepi sup ikan jenahak tersebut bersama para peminat beliau.

Di ruangan komen, rata- rata netizen memuji Datin Intan kerana pandai memasak. Netizen juga menyamakan Datin Intan seperti Datin Eina Azman kerana pandai memasak. Malahan kedua- dua mereka juga mendapat gelaran datin sewaktu masih muda iaitu di usia 20 an.

World Wide24.com 127b1412ad08467d8b3fbe6179342ed2

Netizen berkata Datin Intan tidak kelihatan kekok di dapur dan turut meminta supaya Datin Intan mempertimbangkan untuk meneruskan konten berupa resepi- resepi masakan. Selain memuji kebolehan Datin Intan Najuwa yang pandai memasak, netizen juga berkata Datin Intan juga cantik dan bijak.

Di sebabkan itulah hantaran yang di terima beliau sewaktu majlis perkahwinan tempoh hari amat bersesuaian dengan kelebihan yang di miliki oleh beliau. Berikut pula di kongsikan komen- komen yang di tulis oleh netizen.

World Wide24.com Ba0916f696746377189a21e2d2038f03

Beruntung suami Datin Intan dapat isteri yang bukan sahaja cantik dan bijak malahan juga sangat pandai memasak. Sedap betul nampak sup ikan jenahak tu.

Nampak Datin Intan juga seorang isteri yang sangat penyayang. Semoga Datuk Asraf cepat sembuh.

Sumber: tiktok intannajuwa

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!