Hiburan
“Kebahagiaan seorang ayah apabila anaknya di cintai dan bahagia bersama org yg tepat” – Netizen
Perkongsian Mizz Nina mengenai status dirinya yang sudah menjadi isteri buat kali kedua menerusi satu hantaran di Instagram baru-baru ini cukup mengejutkan para peminat.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Apatah lagi, Mizz Nina tidak pernah menghebahkan mengenai hubungan yang terjalin bersama suaminya itu. Suami Mizz Nina yang di kenali sebagai Essam Muhammad merupakan seorang penyanyi rap berd4rah kacukan Maghribi-Amerika Syarikat.
Jejaka yang berjaya menyunting Mizz Nina sebagai isteri itu berasal dari Seattle, Amerika Syarikat (AS) dan berketurunan Maghribi. Essam yang juga penyanyi rap dan penulis lirik aktif dalam bidang muzik.
Setelah hampir tiga bulan bernikah, Mizz Nina akhirnya melangsungkan majlis resepsi bersama suami di sebuah acara tertutup pada malam Isnin yang lalu.
Di fahamkan majlis persandingan pasangan tersebut di adakan di sebuah ruang acara bertempat di Boathouse Ampang Kuala Lumpur. Majlis berkenaan juga hanya di hadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat pengantin.
Sebagai rekod, Mizz Nina dan suami telah di satukan di dalam satu majlis ijab Kabul yang berlangsung secara tertutup di luar negara pada suku tahun kedua tahun ini.
Menerusi satu perkongsian di tiktok peminat Mizz Nina, satu video yang memaparkan suasana di majlis resepsi perkahwinan Mizz Nina di kongsikan buat tatapan para peminat Mizz Nina.
Sedutan video yang di kongsikan itu memaparkan suami kepada Mizz Nina telah membuat persembahan nyanyian di majlis tersebut. Persembahan nyanyian oleh suami Mizz Nina, Essam Muhammad itu mendapat tepukan daripada bapa Mizz Nina, Tan Sri Azman Hashim.
@shazrinaazman Subhanallah🤍✨ #weddingvibes #mizznina #husbandwife #lovestory #fyp #syukuralhamdulillah #mizzninakahwin #ayahku #ayahhebat
Menjengah ke ruangan komen pula, netizen memuji kecantikan Mizz Nina di majlis resepsi perkahwinannya itu kerana solekan nipis di wajah Mizz Nina menyerlahkan lagi kecantikan penyanyi dan aktivitis kemanusiaan itu.
Pakaian yang di sarung oleh Mizz Nina berona putih sedondon bersama suami Essam itu juga kelihatan sangat ringkas dan tidak berlebihan namun tetap nampak bergaya dan menyerlahkan aura pengantin beliau.
Sementara itu, reaksi bapa Mizz Nina bertepuk tangan semasa Essam menyanyi juga menjadi sorotan di dalam video tersebut. Netizen berkata bapa Mizz Nina juga kelihatan sangat gembira di majlis resepsi perkahwinan anaknya itu.
Dapat di lihat bapa Mizz Nina turut merasa bahagia apabila anaknya bertemu jodoh dengan orang yang tepat. Berikut di kongsikan pula komen- komen netizen.
Sekadar info, anak kepada tokoh perbankan terkemuka Tan Sri Azman Hashim itu mengejutkan pengikut di akaun Instagram dengan mengumumkan dirinya sudah berkahwin dengan penyanyi rap berasal dari Amerika Syarikat pada 15 Jun lalu.
Terdahulu pengasas applikasi Qalby itu pernah mendirikan rumah tangga bersama vokalis kumpulan Hujan Noh Salleh pada tahun 2011 namun berpisah secara baik selepas 11 tahun hidup bersama. Mereka mengambil anak angkat yang diberi nama Musa.
Sumber: tiktok shazrinaazman
-
Hiburan3 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan4 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum4 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan4 months ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen