Hiburan
“Owh baru tau, kalau wartawan tak tanya aku pun tak tau, uishh hebat dulu2” – Netizen

Mesti ramai yang kagum dengan kejelitaan dan semangat wanita ini dalam mendepani cabaran dan warna-warni kehidupannya bukan. Yalah, bukan mudah sebenarnya jadi cantik dan menggunakan sepenuhnya aset anugerah Tuhan itu dengan sebaiknya untuk dimanfaatkan. Namun itulah yang kini berjaya dilakukan dan dibuktikan oleh selebriti, Rozita Che Wab atau Che Ta.
Jarang sekali kita melihat penampakan Che Ta berserabut dan ‘sememeh’. Setiap kali dikongsikan terutama di medsos, dia akan tampak sentiasa tampil kemas dan rapi. Sudah pasti dia sudah lama serasi gaya hidup sebegitu.
Dengan pengalamannya menceburkan diri dalam bidang ‘Miss Malaysia’ seawal usia 17 tahun, pasti bidang kecantikan dan peragaan sudah jadi ‘makanan’ yang serasi dalam dirinya yang kini sudah berusia separuh abad.
Jika mendengar perkongsian Che Ta dalam hantarannya ini, rupanya seawal usia itu juga dirinya sudah berani memasuki pertandingan seumpamanya. Malah rupanya terpilih sebagai finalis pertandingan berprestij negara, Dewi Remaja.
Biarpun sudah ke peringkat akhir pertandingan memilih ikon remaja wanita anjuran syarikat penerbitan, Kumpulan Media Karangkraf itu, menariknya Che Ta dilihat tidaklah terlalu terkejarkan dunia glamor.
Biarpun hanya selangkah kaki lagi ‘ke puncak’, dalam masa sama bertemu teman hidup, Che Ta lebih sanggup memilih untuk ke jinjang pelamin pada Ogos 1995, berbanding ke final Dewi Remaja yang hanya pada September tahun sama.
Jika diikutkan logik akal, dalam ramai-ramai hendak masuk pertandingan itu tapi hanya 12 terpilih termasuk dirinya, tentulah kita akan memanfaatkan peluang itu sebaiknya bukan… tapi lain pula keputvsan Che Ta.
Menafikan menarik diri daripada pertandingan itu, sebaliknya katanya namanya terkeluar hanya disebabkan dia sudah autom4tik h1lang kelayakan mengikut syarat pertandingan disebabkan sudah mendirikan rumah tangga.
Jiwa mudanya tika itu juga menyebabkan Che Ta memilih untuk berkahwin dan ‘settle down’ tanpa memikirkan mengejar nama menang sebarang ‘ratu’ pertandingan walaupun ‘habis sapu’ semua penyertaan.
Menariknya ramai netizen di ruangan komen kagum dengan kelebihan dirinya. “enjoy dgr che Ta bercerita”, “LOL masa muda kita memang tak pikir panjang”, “Owhh baru tauu.. kalau wartawan tak tanya mesti aku pun taktau. Uishhh hebat dolu2”. Itu antara komen netizen.
Sumber: IG Che Ta
-
Hiburan2 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan3 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum3 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan6 months ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan6 months ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan2 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan2 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen
-
Hiburan4 weeks ago
“Weyh sian budak tu dah excited ingatkan dia menang, last2 kena malu gitu je” – Netizen