Connect with us

Hiburan

“Kuatnya tangan Datin Zizie, cantik giler b0dy dia, rindu nak main gym” – Netizen

Published

on

Bukan sahaja penampilan dirinya semakin cantik dan anggun menjadi bualan dan tumpuan netizen, tubuh badannya semakin langsing juga mengundang cemburu dalam kalangan hawa mengidamkan figura yang sama.

Namun untuk mencapai ‘piawaian’ tubuhnya itu seperti sekarang, ia bukanlah semudah disangka ya… Lihat saj4lah aksi pelakon cantik lawa, Datin Zizie Izette dalam usahanya menjaga badannya ini.

Mesti ramai tak sangka sampai sebegitu sekali Zizie boleh buat. Bukan kaleng-kaleng mampu buat macam tu. Yang pasti penggunaan tangannya memegang besi untuk mengangkat tubuh hingga sebegitu sungguh menerujakan.

Buat golongan wanita, mesti ramai angkat dua tangan ‘surrender’ daripada buat macam tu jika disuruh. Tapi tidak bagi Zizie. Padanlah aksinya itu buat ramai netizen rasa kagum yang dizahirkan di komen hantarannya itu.

“boleh dah join polis evo 4”, “kuat tgn zizie”, “Mcm mana laa nak ade semangat mcm ni.. aku selalu paling lama pon seminggu nyahh.. pastu kecundang”, “power nya tgn .. superb laaa .. inspirasi.

“Love your vibes”, “Fuh the tones”, “Wow tiap2 hari brpa jam workout”, “cantik giila body dia.. rindu nak main gym..”, “Hy mantap kak Zizi, nak juga cam tu”, “Hebatnya”, “thks datin bg semangat ..tgok vid datin mlas2 dlm diri jd tbuang”.

Itu antara komen netizen di ruangan hantaran Zizie. Menariknya ramai yang kagum dan terinspirasi hendak memantapkan diri macam Zizie. Makin berusia makin padu pulak senaman dan bodynya.

Terdahulu, Zizie dikenali di awal penglibatannya dalam dunia seni lakon, beliau diminati dan dikenali sebagai seorang yang berkulit putih dan bertubuh ‘gebu’. Memang tampak agak gempal jika dibandingkan dirinya kini.

Begitupun, selain dirinya lebih berbeza dari segi fizikal, penampilannya kini yang tak lagi berhijab menimbulkan bualan netizen. Demikian pun, tampaknya tuan punya badan hanya mengambil pendekatan mengunci mulut.

Pastinya enggan menimbulkan lebih k0ntroversi daripada cakap-cakap netizen tentang tindakannya itu, Zizie hanya mendiamkan diri daripada memberikan sebarang maklum balas berkenaan dirinya yang kini dah mena1nggalkan hijab.

Apa pun tiada siapa yang sempurna. Kita doakan saja yang terbaik buat Zizie dan kita semua. Kata orang yang baik jadikan contoh teladan manakala sebaliknya dijadikan sempadan. Gaya hidup Zizie yang rajin workout ni bolehlah jadi ikutan kan…

Sumber: IG Datin Zizie Izette

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!