Hiburan
“Sikit lagi nak kena hantar rumah mak aku”- Mirul
Siapa yang tidak mengenali pelakon jelita Ain Edruce yang juga merupakan seorang model, penyanyi dan pengacara di Malaysia. Ain Edruce juga sebelum ini terkenal dalam mengacarakan rancangan Mbuzz, I Can See Your Voice Malaysia dan banyak lagi. Sebelum melibatkan diri dalam pengacaraan, Ain Edruce merupakan seorang model sejak dari zaman belajar.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Selepas berjaya membina kerjaya sebagai seorang model, Ain Edruce berjinak-jinak dalam bidang nyanyian, pengacaraan dan seterusnya menjadi pelakon. Kini Ain juga kian aktif di media sosialnya sebagai seorang ‘content creator’.
Walaupun aktif sebagai ‘content creator’ namun Ain Edruce tidak berhasrat untuk meningg4lkan industri seni tempatan dan masih lagi menganggap bidang pengacaraan dan lakonan sebagai pekerjaan hakiki beliau.
Ain atau nama sebenarnya, Nurul Ain Edruce mengakui kepentingan menghasilkan kandungan menarik di media sosial mendapat permintaan yang semakin meningkat namun dirinya tidak akan meningg4lkan bidang seni yang telah banyak membuka ruang rezeki untuknya.
Sering kali tampil dengan konten yang segar dan lucu untuk promosi produk, Ain berkata beliau selesa untuk berlakon dan menjayakan video promosi produk bersama suami dan anaknya.
Sejak dahulu, Ain kerap meminta bantuan suaminya untuk membuat video promosi produk di media sosialnya sehingga suaminya juga menjadi perhatian para peminat beliau. Gelagat suaminya yang merupakan seorang yang pemalu dan menunjukkan riak wajah tanpa perasaan cukup menghiburkan para peminat.
Di awal video promosi produk yang di rakamkan Ain, reaksi wajah suami Ain sering menjadi sorotan utama Netizen. Selain tidak menghafal dialog dan sering terlupa untuk mengikut jalan cerita yang di rancang bersama isterinya, Amirul juga tidak pandai untuk menunjukkan reaksi muka yang bersesuaian dengan lakonan bersama isterinya itu.
Bagaimanapun ibarat kata pepatah “practice makes perfect” lama kelamaan Amirul sudah boleh mengikut rentak isterinya dan sudah mampu berlakon untuk mempromosikan produk dengan baik bersama reaksi wajah yang tepat bersesuaian dengan babak yang di lakonankan beliau bersama isterinya.
Perkongsian terbaru di Instagram Ain memaparkan satu lagi video promosi produk yang mencuit hati bersama suaminya. Kali ini Ain bersama suaminya itu mempromosikan produk untuk melangsingkan badan iaitu breakout.
Amirul juga memberikan kerjasama dengan baik dan tidak lagi kelihatan “terpaksa” untuk berlakon video promosi itu bersama isterinya.
Antara dialog lucu yang di ucapkan Amirul dalam video tersebut “sikit lagi nak kena hantar rumah mak aku” apabila beliau menegur kelakuan Ain yang sedang berehat sambil menikm4ti minuman breakout namun kemudiannya di tegur kembali oleh isterinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata- rata Netizen sememangnya terhibur dengan video lakonan promosi produk pasangan suami isteri itu.
Ada sahaja idea mencuit hati dan menghiburkan daripada pasangan suami isteri tersebut tampilkan sebagai kelainan untuk mempromosikan produk di media sosial mereka.
Netizen juga memuji bakat lakonan Amirul yang semakin bertambah baik dan memberikan sepenuh kerjasama untuk menghasilkan lakonan yang mantap bersama Ain. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.
Sewaktu di soal mengenai penglibatan ahli keluarga di dalam video promosi produk, Ain berkata beliau mengakui menjadikan keluarganya sebagai ‘content’ untuk di muat naik di media sosial. Bagi Ain sendiri, selagi boleh digunakan, masukkan saja semuanya.
Malah Ain juga sudah merancang jika ada anak kedua nanti, beliau juga akan gunakan sebagai ‘content’. Bukan apa, semua itu rezeki. Bukan untuk orang lain, buat mereka juga.
Sumber: ig ainedruce
-
Hiburan3 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan4 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum4 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan4 months ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen